From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmed II (bahasa Turki Uthmaniyyah: احمد ثانى Aḥmed-i sānī) (25 Februari 1643 – 1695) adalah Sultan Empayar Uthmaniyyah dari 1691 sehingga 1695. Ahmed II adalah putranda Sultan Ibrahim I (1640–48) dari permaisuri ke-3 baginda Haseki Muazzez Hatice Sultan iaitu menggantikan saudaranya Suleiman II (1687–91) pada 1691. Nenda baginda ialah Valide Kosem Sultan, lebih dikenali sebagai Büyük Valide Sultan, iaitu Sultana yang paling berkuasa dan terkuat memerintah seluruh Empayar Uthmaniyah dengan kawalan tertinggi selama 30 tahun.
Tindakan Ahmed II yang banyak diingat adalah pengangkatan Mustafa Köprülü sebagai raja muda. Hanya beberapa minggu setelah kenaikannya Empayar Uthmaniyyah mendapat kekalahan besar dalam Pertempuran Slankamen dari Austria di bawah Ludwig Wilhelm dari Baden dan dipukul ke Hungary. Selama 4 tahun masa pemerintahannya bencana demi bencana terus melanda negerinya, dan pada 1695 Ahmed II meninggal, lelah akibat penyakit dan kedukaan.
Didahului oleh Suleiman II |
Sultan Uthmaniyyah 1691–95 |
Diikuti oleh: Mustafa II |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.