AgustaWestland AW101

From Wikipedia, the free encyclopedia

AgustaWestland AW101

AgustaWestland AW101 (EH101 sehingga Jun 2007) merupakan helikopter kelas sederhana yang dibangunkan untuk kegunaan tentera dan awam. Helikopter ini telah dibangunkan secara usahasama di antara Westland Aircraft dari UK dan Agusta dari Itali (kini telah bergabung dan dikenali sebagai AgustaWestland). Helikopter ini dikeluarkan oleh kilang pengeluaran AgustaWestland di Yeovil, England dan Vergiate, Itali. Nama Merlin yang digunakan pada helikopter AW101 digunakan oleh angkatan tentera Britain, Denmark dan Portugal.[1][2]

Fakta Segera AW101 (EH101) Merlin, Peranan ...
AW101 (EH101)
Merlin
Thumb
Helikopter Merlin HM1 milik Tentera Laut Diraja British semasa Tatoo Udara Antarabangsa Diraja, England.
Peranan Helikopter utiliti/ pengangkut udara sederhana dan peperangan anti-kapal selam
Pengeluar AgustaWestland
Penerbangan sulung 9 Oktober, 1987
Diperkenalkan 2000
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Diraja British
Marina Militare
Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Portugal
Dikeluarkan 1990-an - kini
Kelainan CH-149 Cormorant
VH-71 Kestrel
Tutup

Pengguna

Pengguna tentera

 Denmark
 Itali
 Jepun
 Portugal
 United Kingdom
  • Tentera Laut Diraja British

Agensi Penguatkuasa Undang-undang

 Jepun
  • Jabatan Polis Metropolitan Tokyo - pelanggan awam pertama helikopter ini apabila membelinya pada tahun 1998.

Spesifikasi (Merlin HM1)

Thumb
Rescue 09 merupakan helikopter EH101 Tentera Udara Diraja Denmark yang digunakan dalam operasi SAR.
Thumb
MCH-101 yang digunakan oleh Jepun.
Thumb
Helikopter EH101 yang digunakan oleh Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.

Ciri umum

  • Anak kapal: 4
  • Kapasiti:
    • 24 penumpang dengan tempat duduk atau
    • 45 penumpang berdiri atau
    • 16 pengusung bersama ahli perubatan
  • Panjang: 22.81 m (74 kaki 10 in)
  • Diameter rotor: 18.59 m (61 kaki 0 in)
  • Tinggi: 6.65 m (21 kaki 10 in)
  • Ceper luas: 271 m² (2,992 kaki²)
  • Berat kosong: 10,500 kg (23,150 lb)
  • Berat berguna: 5,443 kg (12,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 15,600 kg (32,188 lb)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce/Turbomeca RTM322-01 turboshaft, 1,725 kW (2,312 shp) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan tidak melebihi: 309 km/j (167 knot, 192 bsj)
  • Jarak: 1,389 km (750 nm, 863 batu)
  • Lelangit khidmat 4,575 m (15,000 kaki)
  • Kadar kenaikan: 10.2 m/s (2,000 kaki/min)
  • Beban ceper: 53.8 kg/m² (11.01 lb/kaki²)
  • Kuasa/jisim: 284.9 W/kg (0.174 shp/lb)

Persenjataan

  • Meriam:mesingan kegunaan am (MGKA)
  • Bom: 960 kg (2,116 lb) persenjataan termasuk
    • 2x peluru berpandu anti-kapal
    • 4x torpedo berpandu
    • Cas dalam
    • Roket

Avionik

  • Sistem Kawalan Penerbangan Automatik dual-redundant OMI SEP 20 buatan Smiths Industries.
  • Sistem-sistem pengemudian:
    • Cincin giro laser LINS 300 buatan BAE Systems, AHRS Italia LISA-4000 strapdown buatan Litton (versi tentera laut)
    • Navigasi udara taktikal (TACAN), VHF Omnidirectional Radio range (VOR), sistem peralatan penerbangan (ILS)
  • Radar:
    • Radar pengawasan maritim Selex Galileo Blue Kestrel 5000 (ASW RN EH101)
    • Radar pengawasan maritim Eliradar MM/APS-784 (Helikopter ASW EH101 Itali)
    • Radar pengawasan udara/ permukaan Eliradar HEW-784 (versi AEW)
    • Radar cuaca/ pencari Officine Galileo MM/APS-705B (helikopter utiliti EH101 milik Tentera Laut Itali)
    • Radar pengelakkan cuaca Telephonics RDR-1600 (helikopter EH101 milik Tentera Udara Diraja Denmark)
    • Radar pengawasan/ pencari Galileo APS-717 (helikopter EH101 milik Tentera Udara Portugal)

Lihat juga

  • Perolehan pertahanan Eropah

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  • Senarai helikopter
  • Senarai helikopter tentera aktif United Kingdom

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.