From Wikipedia, the free encyclopedia
Agama Rakyat Cina (中国传统民间宗教) ialah agama turun temurun bangsa Cina. Ia sebenarnya adalah satu budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi secara lisan. Lebih-lebih lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula mempunyai institusi yang memeliharanya. Oleh itu ajaran agama ini adalah tidak jelas, dan berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi secara umumnya agama ini mendukung konsep yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk.
Secara umumnya, Agama rakyat China melibatkan 3 bentuk penyembahan iaitu:
Dewa-dewi yang disembah dalam agama ini adalah sangat banyak. Selain dari dewa-dewi, mereka juga menyembah watak dalam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Dipercayai pemujaan kepada dewa-dewi dapat menjamin “keselamatan kehidupan sehari-harian“(保平安).
Kemunculan tema "Agama Rakyat Cina" sebenar adalah hasil daripada kesedaran diri masyarakat cina yang sebelum itu telah salah faham mengenai agama mereka. Pada masa dahulu, orang Cina telah salah anggap agama yang dianuti mereka sebagai agama Buddha, sehingga kebanyakan rakyat Cina mengakui diri mereka sebagai penganut agama Buddha. Ini kerana Agama Rakyat Cina ini mempunyai pelbagai unsur terutama dari Khonghucu (Confucianism), Buddhisme, dan Taoisme. Namun sebenarnya agama yang asli berasal dari dalam China adalah Khonghucu dan Tao. Seperti yang kita ketahui bahwa Buddha berasal dari India.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.