Agama samawi atau Agama Ibrahimik atau Agama Ibrahimiah merupakan agama-agama yang memasukkan Nabi Ibrahim a.s. (Ibrani: Avraham אַבְרָהָם ) sebagai sebahagian daripada sejarahnya. Samawi bererti langit, yang memberi maksud agama langit. Contoh ketara ialah Kristian, Islam dan Yahudi kerana dari selepas Nabi Ibrahim a.s lah lahirnya para nabi bagi ketiga-tiga agama ini. Agama lain yang lebih kecil yang berhubung kait dengan tradisi ini - seperti Bahá'í dan Durzi - kadangkala juga dimasukkan.[1] Agama kefahaman Ibrahim dianuti oleh lebih daripada separuh daripada jumlah penduduk dunia. Kini terdapat sekitar 3.8 bilion pengikut dari berbagai agama Ibrahim.[2] Agama Timur membentuk kumpulan keagamaan utama yang lain, meliputi "Dharma" agama dari India dan agama Asia Timur "Tao". Penggunaan istilah ini bagaimanapun bukan sejagat dan telah didapati bermasalah kerana banyak sebab.[3]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.