From Wikipedia, the free encyclopedia
Afrasiab merupakan nama silam bagi Samarqand, suatu masa merupakan wilayah bagi Turkestan, Russia dan kini merupakan nama bandar dan wilayah di Uzbekistan. Bandar ini merupakan pusat bagi kedua-dua Bactrian Greeks (250 B.C.E.–10 C.E.) dan Sogdiana dalam tempoh dari 200 B.C.E. sehingga penaklukan Arab pada kurun ke lapan C.E. Pada kurun ke tujuh, Afrasiab merangkumi kawasan seluas 214 hektar (535 ekar) dan menempa kemuncaknya sendiri. Sogdians menjadi mewah melalui penyaliran pertanian dan pengawalan Laluan Sutera. Rumah bandar dan istana mereka dibina menggunakan batu-bata tanah loes dan lumpur dimampatkan, dan dinding dalam disepuh dengan tanah liat.
Lukisan mural merupakan ciri-ciri khusus bagi kediaman kerajaan ini. Satu lukisan mendedahkan perwakilan Hun Hephthalite; yang lain menunjukkan bot menangkap ikan dengan burung air. Puak Sogdians, melalui hubungan perdagangan yang meluas dan koloni saudagar jauh, menyerap motif asing ke dalam hasil perak mereka termasuk kesenian keugamaan. Mereka merupakan penganut Zoroastrians, pengikut ugama Iran silam, tetapi wujud juga sejumlah kecil Kristian dan Buddha dikalangan penduduk. Kesenian keugamaan Sogdiana turut menampilkan unsur tempatan dan asing ke dalam Zoroastrianism, seperti gambaran empat lengan stail India devi kuno Mesopotamian, Nana.
Satu mural dari Afrasiab, dari rumah bangsawan yang kaya, menunjukkan duta asing tiba di istana, kemungkinannya Raja Varkhuman, sekitar 660 C.E. Satu tulisan menyatakan bahawa utusan tersebut datangnya dari negeri kecil yang dikenali sebagai Chaganiyan. Yang lain mengembara dari China dan sejauh dari Korea. Orang Cina digambarkan mempersembahkan sutera pada raja. Dinding selatan kamar yang sama menunjukkan Raja Varkhuman dalam perarakan, melawat kuil suci kemungkinannya dikhususkan pada leluhurnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.