AdSense
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
AdSense adalah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google. Pemilik laman web boleh mengikut program ini dengan membenarkan teks, gambar dan yang terbaru iklan video melalui laman web mereka. Iklan ini dikawal selia oleh Google dan hasil yang dijana dari pengiklanan ini adalah sama ada setiap bayar per klik (PPC) atau setiap perseribu-dilihat/tanggap pada dasarnya (per-thousand-impressions basis).Google kini sedang dalam proses menguji kaedah harga kos-per-tindakan (cost-per-action) atas dasar servis.
Google sedang menggunakan teknologi carian untuk menyediakan hidmat pengiklanan ini berdasarkan isi kandungan laman web, lokasi geografi pengguna laman web, dan faktor-faktor lain. Sesiapa yang mahu menggunakan hidmat pengiklanan dengan sistem pengiklanan sasaran Google boleh mendaftar melalui AdWords - mungkin bermaksud Iklan melalui perkataan yang berkaitan. Adsense terkenal dengan langkah mengiklanan melalui laman web kerana format sepanduk iklan yang ditetapkan kurang mengganggu daripada kebanyakan iklan lain serta lebih membenarkan hanya hampir semua isi kandungan iklan bertepatan atau bersesuaian dengan laman web yang dilungsuri.
Bagi laman web yang tidak dikunjungi oleh Mediabot, laman web mengikut untuk memberi ruang pengiklanan dalam laman web mereka akan menggunakan kod JavaScript untuk menunjukan iklan amal untuk makluman servis awam (PSAs - public service announcements). Mediabot adalah berbeza dengan Googlebot yang beroperasi sebagai pencari indeks Google.
Terdapat banyak laman yang menggunakan AdSense untuk menjana wang dengan isi kandungan laman web dan terdapat juga pemilik laman web yang berkerja keras untuk meningkatkan penjanaan keuntungan melalui Adsense. Mereka membuat semua ini melalui 3 langkah iaitu :
Sumber utama pendapatan AdSense adalah program AdWords yang menukarkan model penghargaan yang kompleks berasaskan harga kedua lelong Vickrey, dalam pada itu pengiklan perlu menetap bida/tawaran (tanpa melihat pesaing).Tambahan lagi, untuk sebarang klik,pengiklan akan hanya membayar satu peningkatan bida/tawaran harga diatas harga kedua yang tertinggi.
Cara pengiklanan yang menggunakan enjin kotak carian (search engine box) yang diletakan pada laman web. Keuntungan hanya akan dapat diperoleh apabila pengguna laman web mengklikan ads(iklan) hasil daripada carian.
Setiap kali pengguna/pengunjung laman web memasuki laman web yang mempunya label AdSense, JavaScript akan menulis label iframe (label html), skrip ini akan berarah kepada URL halaman tersebut.Google akan menggunakan cache daripada halaman tersebut untuk URL atau katakunci dalam URL tersebut supaya dapat menetapkan nilai katakunci(keywords).Jika katakunci sudah dicachekan, iklan akan ditunjukan mengikut katakunci yang berdasarkan sistem arahan Adwords.
Kebanyakan pemilik web mereka laman web mereka untuk dikunjungi oleh pengguna supaya mengklik AdSense mereka untuk menjana wang.Laman web "zombie" ini kadang-kala tidak mengandungi sebarang maklumat berguna tetapi mengandungi automatik-janaan-kandungan daripada Open Directory Project. Dan yang paling terkenal dengan bentuk "ladang AdSense" adalah splogs ("spam blogs"), yang berteraskan kepada katakunci yang mahal untuk menjana wang yang tinggi.Terdapat juga laman web yang menggunakan maklumat daripada laman web lain seperti Wikipedia, untuk menarik pengunjung ke dalam laman web. Sebarang langkah tersebut adalah dilabelkan sebagai spam enjin carian dan boleh dilapor kepada Google.
Terdapat juga Trojans yang dapat menjana iklan Google yang palsu yang menyerupai kepada yang sebenar. Trojan ini akan memasuki ke dalam laman web tertentu dan menukarkan iklan pemilik laman web kepada iklan palsu(yang diset oleh Trojan).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.