From Wikipedia, the free encyclopedia
Abu Marwan Ibn Zuhr (kk 1091-1094 hingga kk 1161-1162; dikenali di Barat sebagai "Avenzoar") adalah seorang pakar perubatan, klinisian dan ahli parasitologi yang beragama Islam pada Zaman Pertengahan.
Dilahirkan di Seville, Abu Marwan mengkhususkan dalam bidang perubatan dan berkhidmat di bawah Al-Murabatun (Almoravides). Akan tetapi selepas kekalahan Al-Murabatun oleh Al-Muwahadun (Al-Mohades), beliau bertugas di bawah Abd al-Mu'min yang merupakan raja Muwahid pertama.
Berbeza dengan amalan ahli sains Islam pada masa itu, Abu Marwan menumpukan masanya dalam satu bidang sahaja, yakni bidang perubatan. Oleh sebab itu, beliau membuat banyak sumbangan yang lain daripada yang lain. Abu Marwan menekankan kepentingannya pencerapan serta ujikaji dalam kerjanya. Beliau amat cekap dalam pembedahan mayat dan faham tentang anatomi secara terperinci.
Abu Marwan adalah ahli sains pertama yang membuat ujian pelbagai ubat pada haiwan sebelum menggunakan untuk manusia. Beliau juga merupakan ahli sains pertama yang memerincikan kudis buta serta tungau gatal, dan oleh sebab itu, beliau telah digelarkan sebagai ahli parasitologi yang pertama. Abu Marwan juga yang pertama memberi perincian terhadap pembedahan trakeotomi dan pengamalan memberi makanan secara langsung melalui gulet bagi kes-kes yang tidak boleh menyuap secara biasa. Tambahan pula, Abu Marwan menyempurnakan perincian klinikal mengenai ftisis usus, keradangan telinga tengah, perikarditis dan tumor mediastinum, di antara yang lain.
Sumbangan Abu Marwan telah dimasukkan ke dalam karya-karyanya yang agung; daripada karya-karyanya, cuma tiga buku masih wujud:
Pengaruh Abu Marwan ke atas perkembangan sains perubatan telah berlanjutan beberapa abad di seluruh dunia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.