From Wikipedia, the free encyclopedia
_9MOTHER9HORSE9EYES9, kadang-kadang disingkat menjadi 9M9H9E9 atau MHE, ialah nama pentas seorang penulis awanama cereka spekulatif creepypasta [1] di laman web berita sosial Reddit.
_9MOTHER9HORSE9EYES9 | |
---|---|
Pekerjaan | Penulis |
Dikenali untuk | Reddit creepypastas |
Dalam sebuah hantaran yang kemudian dihapus, penulis menggambarkan dirinya sebagai "lelaki Amerika berusia 30-an", dan menunjukkan sejarah penyalahgunaan zat terlarang.[2]
Dari 22 April sehingga 17 Julai 2016, penulis ini menghantar cerita seram cereka sains pendek ke utas perbincangan Reddit yang kelihatan rawak.[1] Cerita tersebut kadang-kadang sering disebut Interface series, dengan topik-topik seperti "Vietnam, Elizabeth Bathory, kem pemerhatian Treblinka, ikan paus bungkuk, Keluarga Manson dan LSD", dan khususnya melibatkan entiti yang disebut "flash interface" atau "antaramuka daging".[1]
Cerita tersebut menarik perhatian media sehari setelah bahagian pertamanya diterbitkan.[3] The Guardian, melaporkan cerita tersebut, menggambarkannya "menarik" dan "secara bertahap lebih indah dan berani ditulis dari pelbagai perspektif naratif".[1] Vice berpendapat kemungkinan bahawa ini mampu menjadi sebahagian dari kempen pemasaran tular untuk sesuatu yang belum diketahui.[2] Fandom dadakan dibuat untuk mengumpulkan maklumat mengenai kisah ini di subreddit dan wiki.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.