Zakir Naik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari Universiti Mumbai. Pada tahun 1991, beliau berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah.
Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Zakir Naik ذاکِر ناعیک ज़किर नाएक | |
---|---|
Kelahiran | Zakir Abdul Karim Naik (1965-10-18) 18 Oktober 1965 (umur 58) |
Pendidikan | Kolej Kishinchand Chellaram |
Pusat pendidikan | Universiti Mumbai |
Pekerjaan | Penceramah bebas, Doktor perubatan |
Tahun aktif | 1991–kini |
Ahli lembaga | Islamic Research Foundation |
Pasangan | Farhat Zakir Naik |
Laman web rasmi | IRF.net PeaceTV |
Tutup
Dr. Zakir Naik (44) adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Syeikh Ahmed Deedat kerana keupayaan menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.