Yusuf Rawa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله الراوي), atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (8 Mei 1922 - 28 April 2000), adalah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am (1987-1995) dan Presiden (1982-1989). Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri dalam kabinet Malaysia. Bapanya, Haji Abdullah Nordin al-Rawi, berasal dari Rao, Sumatera Barat, Indonesia.[1] Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1992 ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa | |
---|---|
![]() | |
Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1982–1989 | |
Timbalan | Fadzil Mohd Noor |
Didahului oleh | Mohd Asri Haji Muda |
Digantikan oleh | Amirul Hazeem Rahimi |
Mursyidul Am PAS | |
Dalam jawatan 1987–1995 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia | |
Timbalan Menteri Perusahaan Utama | |
Dalam jawatan 13 Ogos 1973 – 24 Ogos 1974 | |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
Menteri | Abdul Taib Mahmud |
Ahli Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1977 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Hashim Endut |
Kawasan pilihan raya | Ulu Muda |
Dalam jawatan 1969–1974 | |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Kawasan pilihan raya | Kota Star Selatan |
Duta Besar Malaysia Ke Iran dan Turki di Tehran | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1974-1975) Sultan Yahya Petra (1975-1978) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1922-05-08)8 Mei 1922![]() |
Meninggal dunia | 28 April 2000(2000-04-28) (umur 77) |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Hajah Kalsom Ali |
Anak-anak | 11 (termasuk Mujahid Yusuf Rawa) |