Yashica
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Syarikat Yashica ditubuhkan pada Disember 1949 di Nagano Prefecture, Jepun, apabila Syarikat Yashima Seiki ditubuhkan dengan pelaburan awal $566.
Lapan pekerjanya pada asalnya menghasilkan komponen bagi jam eletrik. Kemudian, mereka mula menghasilkan komponen kamera, dan menjelang Jun 1953 telah menghasilkan kamera lengkap pertama mereka, Yashimaflex, reflex kanta berkembar ("Twin-lens reflex - TLR") kamera format serdahana direka bagi 6x6cm filem format serdahana. Yashimaflex dan kamera berikutnya menggunakan kanta yang dibeli dari Tomioka Optical Works, memulakan hubungan yang berpanjangan selama bertahun-tahun. Juga pada tahun 1953, nama syarikat ditukarkan kepada Yashima Optical Industry Company, Ltd.
Pada tahun 2005, Kyocera menghentikan pengeluaran semua filem dan kamera digital Contax, Yashica, jenama Kyocera yang lain. Pada tahun 2008, Kyocera menjual hak cap dagang bagi Yashica kepada MF Jebsen Group yang bertapak di Hong Kong, dan kini di bawah anak syarikat JNC Datum Tech International, Limited. Keluaran Yashica dari JNC Datum Tech International termasuk kamera digital, kamkoder digital, frem gambar digital, pemain DVI mudah-alih, perakam suara digital, teropong, telefon bimbit dan kad SD.
|
|
|
Yashica U-Matic Super 8
Yashica Super YXL-1,1
Yashica Super YXL-100
Yashica Super-50
Yashica Super-40k
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Yashica |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.