From Wikipedia, the free encyclopedia
Windows Live Messenger (WLM), yang secara umum masih dikenali dengan nama lamanya sebagai MSN Messenger (MSN), merupakan sebuah klien permesejan segera untuk Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista, dan Windows Mobile, pertama dikeluarkan pada 13 Disember 2005 oleh Microsoft[1]. Ini merupakan sebahagian daripada set perkhidmatan atas talian Windows Live Microsoft. Versi kini ialah Windows Live Messenger 8.5, yang dikeluarkan pada 6 November 2007.
Untuk versi lama perisian ini ialah MSN Messenger, sila lihat MSN Messenger. Untuk klien permesejan segera dalam Windows XP, lihat Windows Messenger.
Windows Live Messenger | |
---|---|
Pembangun | Microsoft |
Pelancaran pertama | 22 Julai 1999 as MSN Messenger |
Versi terkini/stabil | 16.4.3528.0331 (7 April 2014) |
Ditulis dalam | C++ |
Sistem pengendalian | Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Xbox 360, Windows Phone, Windows Mobile, Windows CE, Symbian OS 9.x, BlackBerry OS, iOS, and Mac OS X |
Pelantar | Intel x86 – 32-bit, Xbox 360, S60 and Java ME |
Tersedia dalam | Over 50 languages |
Jenis | Pelanggan pemesejan segera, perisian hak milik |
Genre | Instant messaging |
Lesen | Proprietary |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | windows |
sunting · sunting di Wikidata |
Korporasi boleh mengintegrasikan Live Communication Server dan Active Directory mereka dengan rangkaian ini bagi pihak klien mereka. Kebanyakan klien multi-protokol utama juga boleh berhubung dengan perkhidmatan ini.
Pesaing utama ialah AIM dan ICQ (kedua-duanya dari AOL), Skype, Trillian, Pidgin (dahulu Gaim), dan klien berdasarkan Jabber termasuk Google Talk.
Di China QQ ialah klien yang lebih terkenal. Walaupun penggunaanya di luar China adalah sedikit, penggunaan domestik adalah 226 juta lebih orang pengguna.[perlu rujukan] Namun dengan kemasukan MSN Messenger ke dalam pasaran China baru-baru ini, kenamaan QQ telah merosot. Kini MSN Messenger memegang kira-kira 17 peratus daripada pasaran China.
Di Mexico, Framecode pernah menjadi klien yang terkenal.
Terdapat penambahan pihak ketiga seperti:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.