![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/de/William_Slim%252C_1950.jpg/640px-William_Slim%252C_1950.jpg&w=640&q=50)
William Slim, Viscount Slim Pertama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fil Marsyal William Joseph Slim, Viscount Slim Pertama, KG, GCB, GCMG, GCVO, GBE, DSO, MC, KStJ (6 Ogos 1891 – 14 Disember 1970), biasanya dikenali sebagai Bill Slim,[1] adalah seorang panglima tentera British dan Gabenor Jeneral Australia Ke-13.
Viscount Slim | |
---|---|
![]() William Slim pada Jun 1950 | |
Gabenor Jeneral Australia Ke-13 | |
Dalam jawatan 8 Mei 1953 – 2 Februari 1960 | |
Raja | Elizabeth II |
Perdana Menteri | Robert Menzies |
Didahului oleh | Sir William McKell |
Digantikan oleh | Viscount Dunrossil |
Butiran peribadi | |
Lahir | William Joseph Slim (1891-08-06)6 Ogos 1891 Bishopston, England |
Meninggal dunia | 14 Disember 1970(1970-12-14) (umur 79) London, England |
Tempat persemadian | Plak peringatan di Katedral St Paul |
Pasangan | Aileen Robertson (1926–70, kematiannya) (1901-1993) |
Anak-anak | Viscount Slim Ke-2 Una Mary Slim |
Alma mater | Maktab Turus India, Quetta |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Nama samaran | Uncle Bill |
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat British Tentera India British |
Tahun perkhidmatan | 1914–1948 1949–1952 |
Pangkat | Fil Marsyal |
Perkhidmatan | Ketua Turus Am Imperial Komandan Maktab Pertahanan Imperial Angkatan Tentera Darat Bersekutu Asia Tenggara Tentera Darat Keempat Belas Kor XV Kor Burma Divisyen Ke-10 Infantri India Briged Ke-10 Infantri India Batalion Ke-2 Rejimen Ke-7 Raifal Gurkha |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight of the Order of the Garter Knight Grand Cross of the Order of the Bath Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George Knight Grand Cross of the Royal Victorian Order Knight Grand Cross of the Order of the British Empire Distinguished Service Order Military Cross Knight of the Order of St John Dipuji Dalam Perutusan Chief Commander of the Legion of Merit (Amerika Syarikat) |
Slim terlibat aktif di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II dan telah tercedera dalam pertempuran sebanyak tiga kali. Semasa Perang Dunia Kedua beliau memimpin Tentera Darat Keempat Belas, yang sering dipanggil "forgotten army" (tentera yang dilupakan) dalam Kempen Burma. Selepas perang beliau menjadi pegawai British pertama yang pernah berkhidmat dalam Tentera Darat India dilantik ke jawatan Ketua Turus Am Imperial. Dari tahun 1953 hingga 1959 beliau merupakan Gabenor Jeneral Australia dan dianggap oleh ramai rakyat Australia sebagai wira perang tulen yang telah berjuang bersama-sama Anzac di Gallipoli.
Pada awal tahun 1930-an, Slim juga menulis novel, cerita-cerita pendek, dan terbitan lain dibawah nama pena Anthony Mills.