![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/92/Wilhelm_Meisel.jpg/640px-Wilhelm_Meisel.jpg&w=640&q=50)
Wilhelm Meisel
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilhelm Meisel (4 November 1891 – 7 September 1974) ialah seorang Laksamana dalam Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross.
Wilhelm Meisel | |
---|---|
![]() Meisel pada 1941 | |
Kelahiran | (1893-11-04)4 November 1893 Zwickau |
Meninggal dunia | 7 September 1974(1974-09-07) (umur 82) Mülheim |
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1913–45 |
Pangkat | Admiral |
Unit | SMS Hertha SMS Moltke SMS Stralsund SMS Kaiserin Augusta |
Arahan | Kruiser berat Admiral Hipper Ketua Staf Tentera Laut Jerman |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Meisel menyertai Tentera Laut sebagai pegawai kadet kanan pada tahun 1913. Semasa Perang Dunia Pertama beliau berkhidmat atas kruiser tempur SMS Moltke, kruiser ringan SMS Stralsund dan SMS Möwe. Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai staf di bot Torpedo dan telah ditahan di Scapa Flow. Selepas melubang tenggelamkan Armada Laut Lepas beliau telah ditahan sebagai tawanan perang oleh pihak British dan dihantar pulang pada 1921.
Semasa tahun 1920an Meisel memerintah flotila bot torpedo dan memegang beberapa jawatan staf dan memerintah Kruiser Jerman Karlsruhe pada 1929.
Semasa Perang Dunia II Meisel memerintah flotila kapal pembinasa dalam pencerobohan Poland tahun 1939 dan telah menjadi pemerintah kruiser berat Admiral Hipper pada 1940. Beliau telah dilantik Ketua Staf Markas Kumpulan Tentera Laut Barat pada November 1942 dan Ketua Staf Tentera Laut Jerman dari 21 Februari 1943 hingga perang berakhir pada Mei 1945.