Wilayah Luar Negeri British (juga dikenali sebagai Wilayah Seberang Laut British)[lower-alpha 1] atau secara alternatifnya Wilayah Luar Negeri United Kingdom (atau Wilayah Seberang Laut United Kingdom)[lower-alpha 2] ialah 14 buah wilayah di bawah bidang kuasa dan kedaulatan United Kingdom.[1][2] Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Empayar British yang tidak beroleh kemerdekaan atau telah memilih untuk kekal sebagai wilayah British dan mereka bukanlah sebahagian daripada United Kingdom. Kebanyakan wilayah tersebut mempunyai pemerintahan sendiri dengan United Kingdom bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan hubungan asing, manakala selebihnya tidak berpenduduk atau mempunyai penghuni sementara yang terdiri daripada anggota tentera atau masyarakat saintifik. Mereka berkongsi ketua negara yang sama iaitu Baginda Ratu Elizabeth II (terkini).

Fakta Segera (penempatan terbesar), Bahasa rasmi ...
Wilayah Luar Negeri British
ولايه لوار نڬري بريتيش
Thumb
Thumb
Lokasi United Kingdom dan Wilayah Luar Negeri Brisith
(penempatan terbesar)George Town, Gibraltar, Road Town
Bahasa rasmiInggeris
DemonimBritish, Briton
Wilayah
Pemimpin
 Ratu
Elizabeth II
 Setiausaha Asing
Boris Johnson
 Menteri Negara
Tariq Ahmad
 Menteri Negara
Alan Duncan
Keluasan
 Jumlah
1,727,570 km2 (667,020 bt2)
Populasi
 Perkiraan 2010
250,000
Format tarikhhh/bb/tttt (AD)
Tutup

Istilah "Wilayah Luar Negeri British" diperkenalkan oleh Akta Wilayah Luar Negeri British 2002, menggantikan istilah Wilayah Tanggungan British yang diperkenalkan melalui Akta Kerakyatan British 1981. Sebelum 1 Januari 1983, wilayah-wilayah tersebut secara rasmi dirujuk sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Dengan pengecualian Wilayah Antartik British serta Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (yang hanya menempatkan pegawai dan kakitangan stesen penyelidikan) dan Wilayah Lautan Hindi British (digunakan sebagai pangkalan tentera), wilayah-wilayah lain mempunyai populasi awam yang tetap. Penduduk tetap untuk 7,000 orang atau lebih yang menetap di Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia adalah terhad untuk rakyat Republik Cyprus.

Walaupun wilayah tanggungan mahkota Jersey, Guernsey dan Pulau Man juga berada di bawah kedaulatan pemerintahan beraja British, mereka berada dalam hubungan perlembagaan yang berbeza dengan United Kingdom.[3][4] Wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan diraja juga berbeza dengan alam Komanwel, satu kumpulan yang terdiri daripada 15 buah negara merdeka (dan United Kingdom) di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara mereka, dan daripada negara-negara Komanwel, sebuah persatuan yang terdiri daripada 52 buah negara yang kebanyakannya mempunyai hubungan bersejarah dengan Empayar British (yang juga merangkumi semua alam Komanwel).

Wilayah terkini

Empat belas Wilayah Luar Negeri British adalah:[5]

Maklumat lanjut Bendera, Jata ...
Bendera Jata Nama Lokasi Moto Luas Jumlah penduduk Ibu wilayah
Akrotiri dan Dhekelia Cyprus, Laut Mediterranean 255 km2 (98 bt2)[6] 7,700 (warga Cyprus; anggaran)
8,000 bukan tetap (anggota tentera UK dan keluarga mereka; anggaran)
Episkopi Cantonment
Anguilla Caribbean, Laut Atlantik Utara "Strength and Endurance" (Kekuatan dan Ketahanan) 91 km2 (35.1 bt2)[7] 13,500 (anggaran 2006)[8] The Valley
Bermuda Laut Atlantik Utara di antara Puerto Rico dan Cape Sable, Kanada "Quo fata ferunt" (Latin; "Ke mana takdir membawa") 54 km2 (20.8 bt2)[9] 64,000 (anggaran 2007)[10] Hamilton
Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan Lautan Atlantik Selatan "Leo terram propriam protegat" (Latin; "Biarkan singa melindungi tanahnya sendiri") 4,066 km2 (1,570 bt2)[11] 0
99 bukan tetap (pegawai dan kakitangan penyelidikan)[12]
King Edward Point
Gibraltar Semenanjung Iberia, Eropah daratan "Nulli expugnabilis hosti" (Latin; "Tiada musuh akan mengusir kita") 6.5 km2 (2.5 bt2)[13] 28,800 (anggaran 2005)[14]
1,250 bukan tetap (anggota tentera UK; anggaran 2012)
Gibraltar
Kepulauan Cayman Caribbean, Lautan Atlantik Utara "He hath founded it upon the seas" (Dia telah dirikannya di atas laut) 264 km2 (101.9 bt2)[15] 56,092 (anggaran 2013)[15] George Town
Kepulauan Falkland Lautan Atlantik Selatan "Desire the right" (Inginkan hak) 12,173 km2 (4,700 bt2)[9] 2,955 (bancian 2006)[16]
1,350 bukan tetap (anggota tentera UK; anggaran 2012)
Stanley
Kepulauan Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Lautan Pasifik 47 km2 (18 bt2)[17] 49 (anggaran 2014)[18]
6 bukan tetap (anggaran 2014)[19]
Adamstown
Kepulauan Turks dan Caicos Kepulauan Lucayan, Lautan Atlantik Utara 430 km2 (166 bt2)[20] 32,000 (bancian 2006)[20] Cockburn Town
Kepulauan Virgin British Caribbean, Lautan Atlantik Utara "Vigilate" (Latin; "Jaga-jaga") 153 km2 (59 bt2)[21] 27,000 (anggaran 2005)[21] Road Town
Montserrat Caribbean, Lautan Atlantik Utara "A people of excellence, moulded by nature, nurtured by God" (Rakyat cemerlang, dibentuk oleh alam, dipelihara oleh Tuhan) 101 km2 (39 bt2)[22] 4,655 (anggaran 2006)[22] Plymouth (ditinggalkan keran letusan gunung berapi—ibu kota de facto: Brades)
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha,
termasuklah:
Lautan Atlantik Selatan 420 km2 (162 bt2) 5,530 (keseluruhan; anggaran) Jamestown
Saint Helena "Loyal and Unshakeable" (Setia dan Tidak Goyah) (Saint Helena) 4,255 (Saint Helena; bancian 2008)[23]
Pulau Ascension 880 (Ascension; anggaran)[24]
1,000 bukan tetap (Ascension; anggota tentera UK; anggaran)[24]
Tristan da Cunha "Our faith is our strength" (Keyakinan kita adalah kekuatan kita) (Tristan da Cunha) 300 (Tristan da Cunha; anggaran)[24]
9 bukan tetap (Tristan da Cunha; kakitangan kajicuaca)
Wilayah Antartik British Antartika "Research and discovery" (Penyelidikan dan penemuan) 1,709,400 km2 (660,000 bt2)[7] 0
50 bukan tetap pada musim sejuk, lebih 400 orang pada musim panas (kakitangan penyelidikan)[25]
Rothera (pangkalan utama)
Wilayah Lautan Hindi British Lautan Hindi "In tutela nostra Limuria" (Latin; "Lemuria di bawah lindungan kita") 46 km2 (18 bt2)[26] 0
3,000 bukan tetap (anggota tentera UK dan AS; anggaran)[27]
Diego Garcia (pangkalan)
Keseluruhan 1,727,570 km2 s. 250,000
Tutup

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.