edisi bahasa Melayu bagi Wikipedia, ensiklopedia bebas From Wikipedia, the free encyclopedia
Wikipedia Bahasa Melayu (Jawi: ويکيڤيديا بهاس ملايو, disingkatkan sebagai mswiki) ialah ensiklopedia dalam talian, Wikipedia versi bahasa Melayu. Asas penciptaan, pembangunan dan pentadbiran sehari-harian Wikipedia Bahasa Melayu adalah menuruti ketetapan perlembagaan dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.
Wikipedia Bahasa Melayu ويکيڤيديا بهاس ملايو | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | ms |
Jenis | Projek ensiklopedia internet |
Tersedia dalam | Bahasa Melayu |
Ditubuhkan | 26 Oktober 2002 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tiada |
Pendaftaran | Pilihan |
Lesen | Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Miami, Florida |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu bermula daripada permohonan oleh Imran William Smith[1] dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002[2] oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.[3]
Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan di Malaysia pertama yang berdaftar di Wikipedia ini.[4]
Laman pertama yang wujud (selain laman utama) ialah laman Main Page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003,[5] laman Air muncul pada 5 Julai 2003[6] dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003.[7] Semua laman di atas merupakan perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga September 2024, Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 390,362 rencana.
Daftar laman rencana terawal (bukan laman pentadbiran) mula dicipta bermula pada 16 September 2003, boleh dilihat di pautan laman silam.
Statistik laman bahasa Melayu boleh dilihat di sini.
Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu yang asal semasa baru dibuka hanya mengandungi tiga baris teks polos. Laman tersebut hanya direka bentuk supaya menggunakan unsur-unsur HTML dan penggayaan menggunakan CSS pada 14 Oktober 2003 oleh Yosri.[8]
Semenjak itu, telah beberapa kali laman utama ditukar reka bentuk melalui perbincangan.[9] Pada Julai 2010 pula, kulit lalai Wikipedia ditukar daripada Monobook kepada Vector.
Pada 30 Jun 2020, paparan laman utama telah diperbaharui dengan unsur corak songket hasil cadangan EmpAhmadK.[10]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wikipedia Bahasa Melayu |
Wikipedia Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas |
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Wikipedia Bahasa Melayu |
Meta mempunyai sebuah laman tentang ini di:
Tell us about Malay Wikipedia |
Gedung Wikipedia Bahasa Melayu dari Wikisumber |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Malay phrasebook. |
Wikikamus mempunyai kategori di: Bahasa Melayu |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.