Waheeda
penyanyi dan pelakon Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Norwahidah binti Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan penyanyi, pelakon dan komposer yang popular di Malaysia. Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an. Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.
Fakta Segera Nama lahir, Kelahiran ...
Waheeda | |
---|---|
Nama lahir | Norwahidah binti Abdul Wahab |
Kelahiran | (1978-09-23) 23 September 1978 (umur 45) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Genre | pop etnik, world music |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2002–2009 |
Syarikat rakaman | MIG Records |
Pengkarya berkait | Yasin Sulaiman, Brothers, Bienda, kumpulan Devotees |
Pasangan | Ustaz Akhil Hayy (k. 2009) |
Tutup