From Wikipedia, the free encyclopedia
Viz Media, LLC, beribu pejabat di San Francisco, California, ialah sebuah syarikat Amerika berkaitan dengan anime dan manga Jepun, dibentuk melalui gabungan Viz, LLC dan ShoPro Entertainment. Syarikat ini seringkali dirujuk sebagai "Viz", nama yang digunakan juga dalam kewujudan Viz LLC sebelum ini.
Diasaskan pada | Julai 1986 (sebagai VIZ LLC.) |
---|---|
Pengasas | Seiji Horibuchi |
Lokasi ibu pejabat | San Francisco, California, A.S. |
Pengedaran | Simon & Schuster[1] (Manga; Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, India) Diamond Book Distributors (Manga, seluruh dunia)[2] Warner Home Video (Anime, media fizikal) |
Orang utama | Ken Sasaki (Presiden & CEO) Hidemi Fukuhara (Naib presiden) |
Imprin | Viz Productions (Filem dan Televiyen) |
Pemilik | Hitotsubashi Group: Shueisha (40%) Shogakukan (40%) Shogakukan-Shueisha Productions (20%)[3] |
Laman web rasmi | www |
Viz juga mengeluarkan majalah ulasan tentang manga dan anime, iaitu Animerican; serta sebuah versi bahasa Inggeris untuk majalah manga shonen Weekly Shonen Jump keluaran Shueisha dan manga bulanan shōjo berjudul Shojo Beat.
Sebelumnya, Viz telah menerbitkan Animerica Extra, sebuah manga antalogi bulanan (yang diubah menjadi sebahagiannya shōjo menerusi keluarannya), dan majalah Pulp, sebuah majalah manga antalogi bulanan yang mempunyai kandungan bukan umum, yang mempamerkan jalan cerita yang tidak bersesuaian untuk pembaca-pembaca muda, walaupun tidak mengandungi unsur pornografi (sila lihat seinen, josei).
Selain daripada yang tertera di atas, Viz juga telah menerbitkan majalah-majalah online (J-pop.com).[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.