From Wikipedia, the free encyclopedia
Asid folik (juga dikenali sebagai vitamin M, vitamin B9,[4] vitamin Bc[5] (atau folasin), pteroyl-asid L-glutamik, dan pteroyl-L-glutamat) ialah sejenis bentuk vitamin B-kompleks larut air. Folat ialah bentuk vitamin ini yang wujud secara semula jadi dalam makanan, manakala asid folik secara khusus merujuk pada bentuk vitamin ini yang dihasilkan secara sintetik, dan dimasukkan dalam makanan diperkuatkan dan penokok diet.[6] Asid folik sendiri tidak aktif secara biologi, tetapi kepentingan biologinya ialah kerana asid tetrahidrofolik dan bahan terbitan lain selepas penukarannya menjadi asid dihidrofolik dalam hati.[7]
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC pilihan
Asid (2S)-2-[(4-([(2-amino-4-hidroksipteridin-6-yl)metil]amino)fenil)formamido]pentanadioik[1] | |
Nama lain
N-(4-{[(2-amino-4-oxo-1,4-dihydropteridin-6-yl)methyl]amino}benzoyl)-L-glutamic acid; pteroyl-L-glutamic acid; Vitamin B9; Vitamin Bc; Folasin | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol |
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
ChemSpider | |
DrugBank | |
ECHA InfoCard | 100.000.381 |
KEGG | |
PubChem CID |
|
Nombor RTECS |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA) |
|
| |
| |
Sifat | |
C19H19N7O6 | |
Jisim molar | 441.40 g·mol−1 |
Rupa bentuk | Serbuk habluran kuning-jingga |
Takat lebur | 250 °C (523 K) (penguraian) [2] |
1.6 mg/L (25 °C)[2] | |
log P | -2.5 |
Keasidan (pKa) | 1st: 4.65, 2nd: 6.75, 3rd: 9.00[3] |
Bahaya | |
NFPA 704 (berlian api) | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Vitamin B9 (asid folik apabila ditukar kepada folat) perlu bagi banyak fungsi badan. Manusia tidak boleh mensintesiskan folat de novo; oleh itu, folat perlu dibekalkan melalui pemakanan bagi memenuhi keperluan harian. Badan manusia memerlukan folat untuk mensintesis DNA, memperbaiki DNA, dan metilat DNA selain bertindak sebagai kofaktor dalam tindak balas biologi tertentu.[8] Ia penting terutamanya dalam membantu pembahagian dan pertumbuhan sel pantas, seperti ketika masa bayi dan kehamilan. Kanak-kanak dan orang dewasa kedua-duanya memerlukan folat untuk menghasilkan sel darah merah sihat dan menghalang anemia.[9]
Folat dan asid folik mendapat nama daripada perkataan Latin folium, yang bermakna "daun". Folat wujud secara alami dalam banyak makanan, dan banyak khususnya dalam sayur berdaun hijau gelap.[10]
Fungsi utama tetrahidrofolat dalam metabolisme adalah untuk mengangkut kumpulan atom karbon tunggal (yakni kumpulan metil, metilena atau formil). Kumpulan karbon ini boleh dipindahkan ke molekul lain sebagai sebahagian daripada pengubahsuaian atau biosintesis pelbagai molekul biologi. Folat adalah penting dalam sintesis DNA, pengubahsuaian DNA dan RNA, sintesis asid amino metionina daripada homosisteina, dan pelbagai tindak balas kimia lain yang terlibat dalam metabolisme sel.[11] Tindak balas tersebut dikenali secara keseluruhannya sebagai metabolisma satu-karbon berperantara folat.[12][13]
Molekul terbitan folat mengambil bahagian dalam biosintesis kedua-dua purina dan pirimidina.
Formil folat diperlukan bagi dua langkah dalam biosintesis inosina monofosfat, pelopor kepada guanosina fosfat (GMP) dan adenosina monofosfat (AMP). Metilenatetrahidrofolat menderma pusat C1 yang diperlukan bagi biosintesis dTMP (2′-deoksitimidina-5'-fosfat) daripada dUMP (2'-deoksiuridina-5'-fosfat). Penukaran ini dimangkinkan oleh timidilat sintase.[12]
Metil-THF menukarkan vitamin B12 menjadi metil-B12 (metilkobalamin). Metil-B12 menukarkan homosisteina dalam tindak balas yang dimangkinkan oleh homosisteina metiltransferase menjadi metionina. Kecacatan terhadap metiltransferase atau kekurangan B12 boleh membentuk "perangkap metil" THF, di mana THF bertukar menjadi metil-THF sehingga menyebabkan kekurangan folat.[15] Dengan itu, kekurangan B12 boleh menyebabkan pengumpulan metil-THF dalam badan, dan meniru isu kekurangan folat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.