From Wikipedia, the free encyclopedia
Vietnam Air Services Company (Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Vietnam) (VASCO) (Công ty bay dịch vụ hàng không) ialah syarikat penerbangan di Vietnam yang beribu pejabat di Tân Bình, Bandaraya Ho Chi Minh. [1]
| |||||||
Ditubuhkan | 1987 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Bandar tumpuan | |||||||
Program kesetiaan | Lotusmile | ||||||
Pesawat | 6 (jumlah keseluruhan armada) | ||||||
Destinasi | 17 (jumlah keseluruhan destinasi) 10 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk | Vietnam Airlines | ||||||
Ibu pejabat | Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam | ||||||
Orang penting | Bui Ngoc Hoang | ||||||
Laman web | www |
Syarikat Penerbangan itu Mengendalikan penerbangan berjadual dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di wilayah selatan negara itu, VASCO ialah anak syarikat milik penuh Vietnam Airlines . Ia juga melakukan penerbangan piagam, evakuasi perubatan, operasi SAR, penerbangan platform minyak, dan perkhidmatan penerbangan lain. [2][3]
Syarikat Penerbangan VASCO ditubuhkan dengan arahan pemerintah (kerajaan) pada Tahun 1987, dan pada awalnya merupakan bahagian dari Vietnam Airlines, yang merupakan syarikat penerbangan nasional . [4] Ia memulakan penerbangan penumpang yang dijadualkan secara bebas dari Vietnam Airlines pada Tahun 2004, [5] dan persetujuan telah diberikan untuk diswastakan sebahagiannya. [6] Telah dilaporkan bahawa Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines ingin menggunakan Syarikat Penerbangan VASCO sebagai asas untuk syarikat penerbangan tambang murah, yang ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi asing. [7]
Pada Tahun 2019, Syarikat Penerbangan VASCO kini terbang ke sepuluh destinasi di Vietnam. [8]
Setakat April 2019, armada Syarikat Penerbangan VASCO terdiri dari pesawat berikut : [12]
Pesawat | Total | Tempahan | Penumpang | Nota |
---|---|---|---|---|
ATR-72-500 | 6 | 0 | 68 | Dipindahkan dari Vietnam Airlines |
Berikut merupakan senarai armada yang sebelumnya dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan VASCO.
Ianya dipercayai bahawa Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines, syarikat induk VASCO, ingin mengubah syarikat penerbangan tersebut menjadi model kos rendah, oleh itu menukar nama operasi VASCO menjadi Viet Air. Syarikat penerbangan tersebut juga dipercayai akan melakukan penerbangan domestik di Vietnam ke destinasi yang berprestasi rendah serta bersaing dengan Jetstar Pacific dan VietJet Air . Vietnam Airlines akan menambah lebih banyak pesawat ke armada VASCO jika rancangan itu terwujud.
Pada Bulan April 2016, Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan dengan Kos VNĐ300 bilion (AS $ 13.4 juta) yang baharu pada bulan sebelumnya, berdasarkan penstrukturan semula anak syarikatnya, VASCO, kepada jenama baharu: SkyViet. [13] Namun, pada Tahun 2017, rancangan tersebut akhirnya dibatalkan kerana permintaan dari pihak berkepentingan. [14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.