Unsur kumpulan 10
From Wikipedia, the free encyclopedia
Unsur kumpulan 10 juga dikenali sebagai kumpulan Nikel merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-10 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan iaitu nikel (Ni), paladium (Pa), platinum (Pt), dan darmstadtium (Ds).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. Walau bagaimanapun, paladium menunjukkan corak yang sangat berbeza.
Maklumat lanjut Z, Bilangan elektron/petala ...
Z | Unsur | Bilangan elektron/petala | Ketumpatan(g/cm3) |
---|---|---|---|
28 | nikel | 2, 8, 16, 2 | 8.908 |
46 | paladium | 2, 8, 18, 18 | 12.023 |
78 | platinum | 2, 8, 18, 32, 17, 1 | 21.45 |
110 | darmstadtium | 2, 8, 18, 32, 32, 17, 1 | 34.8? |
Tutup