From Wikipedia, the free encyclopedia
Undang-undang antarabangsa khusus atau Konflik Undang-undang adalah cabang undang-undang yang berkenaan timbulnya elemen undang-undang asing dalam penentuan sesebuah kes yang akan mempengaruhi keputusan kes berkenaan berikutan undang-undang yang mana dipilih sebagai lex causae. Pertama, ia berikutan hak dan legitimasi mahkamah membuat keputusan dalam kes berkenaan dan tempat yang manakah merupakan tempat perbicaraan yang sesuai, dan kedua, ia berhaluan menentukan undang-undang negara manakah yang diaplikasikan dalam kes berkenaan. Ia juga berkenaan dengan penguatkuasaan keputusan mahkamah asing.
<font-size=1px>Konflik Undang-undang |
---|
Perkara awal |
Pencirian · Soalan kebetulan |
Renvoi · Pilihan undang-undang |
Konflik undang-undang di Amerika Syarikat |
Dasar awam · Persidangan Hague |
Unsur-unsur takrif |
Negara · Bidang kuasa · Tatacara |
Forum non conveniens · Lex causae |
Lex fori · Menengok-nengok forum |
Faktor penghubung |
Mastautin · Lex domicilii |
Kediaman kebiasaan |
Kerakyatan · Lex patriae |
Lex loci arbitri · Lex situs |
Lex loci contractus |
Lex loci delicti commissi |
Lex loci solutionis · Undang-undang wajar |
Lex loci celebrationis |
Fasal pemilihan undang-undang |
Fasal pemilihan forum |
Bidang undang-undang substantif |
Taraf · Keupayaan · Kontrak · Tort |
Perkahwinan · Pembatalan · Perceraian |
Mendapat perceraian · Perceraian Talaq |
Harta · Pewarisan |
Penguatkuasaan |
Penguatkuasaan keputusan mahkamah asing |
Sebagai contoh, jika kedua-dua rakyat dua negara yang berlainan (Malaysia dan Australia umpamanya) berkahwin dan mempunyai anak, dan seterusnya bercerai. Soal yang timbul kemudian dalam tuntutan hak penjagaan anak nanti adalah;
Kesemua persoalan diatas bekait undang-undang antarabangsa khusus.
Subjek ini mempunyai dua nama panggilan dalam Bahasa Melayu, dan kedua-duanya tidak mengambarkan keterangan yang tepat. 'Konflik undang-undang' membawa maksud yang tidak sesuai, kerana tujuan cabang undang-undang ini adalah untuk menyelesaikan masalah konflik antara dua sistem undang-undang yang timbul, dan bukannya untuk mewujudkan konflik. Dalam negara-negara persekutuan dimana ada peluang timbul masalah ini dalam negara itu sendiri, seperti konflik antara sistem undang-undang negeri dan pusat, gelaran 'Konflik undang-undang' lebih digunapakai kerana nama undang-undang 'antarabangsa' mampu mengelirukan orang awam yang tidak arif mengenai undang-undang. Contoh negara yang masalah ini mungkin timbul adalah Kanada dimana provinsi Quebec mengamalkan sistem undang-undang berlandaskan Perancis berbeza dengan provinsi lain yang menggunakan sistem British.
Mahkamah yang berdepan masalah isu undang-undang mempunyai proses dua peringkat, iaitu;
Sebagai contoh, katakan A yang berwarganegara China dan tinggal di Jepun dan B yang berwarganegara di Malaysia dan bermastautin di Kedah manakala tempat tinggalnya di India, berhubung melalui Internet. Mereka bersetuju untuk bersama membeli tanah di Indonesia yang kini dimiliki C yang berwarganegara Timor Timur akan tetapi mereka tidak pernah bertemu, dan kesemua dokumen-dokumen undang-undang disediakan melalui faksimili dan ditukarkan melalui pos. A membayar bahagian depositnya tetapi B tiba-tiba mengakui bahawa dia terlalu muda untuk memiliki tanah mengikut undang-undang Timur Timor, meskipun mempunyai kebolehan membelinya dibawah undang-undang tempat mastautinnya (lex domicilii) dan undang-undang tempat tinggalnya. Peraturan-peraturan berkait mahkamah negara mana yang mempunyai hak bicara kes ini dan undang-undang negara manakah yang diaplikasi kepada setiap aspek kes adalah didefinasikan dalam undang-undang setiap negara maka, secara teorinya, tidak kira mahkamah negara mana pun yang menerima kes ini, keputusan yang akan dicapai adalah sama (akan tetapi pampasan ganti rugi yang diberikan mahkamah mungkin berlainan mengikut negara dan sebab inilah masalah beli-belah tempat perbicaraan menjadi rumit). Dalam realiti, cadangan mengharmonikan konflik undang-undang masih belum mencapai tahap dimana standardisasi keputusan boleh dijamin.
Banyak kontrak dan dokumen-dokumen lain yang berkuatkuasa sebagai undang-undang memasukkan satu klaus lokasi tempat perbicaraan yang dipanggil klaus lokasi perbicaraan. Klaus undang-undang yang diaplikasi pula menentukan undang-undang yang mana mahkamah perbicaraan harus menggunakan untuk aspek-aspek isu-isu yang dipertikaikan. Ini berlandaskan prinsip kebebasan berkontrak. Para hakim telah menerima bahawa prinsip autonomi pihak yang membuat kontrak membenarkan pihak-pihak yang melakukan perjanjian sendiri memilih tempat perbicaraan dan undang-undang mereka sekiranya masalah undang-undang timbul.
Secara amnya, apabila sesuatu mahkamah mahu mengaplikasi undang-undang asing, ia mesti dibuktikan oleh pakar undang-undang berkenaan. Ia tidak bolehlah hanya dirayui di depan mahkamah begitu sahaja, kerana mahkamah tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang negara lain dan bagaimana ia hendak diaplikasikan dalam mahkamah negara berkenaan. Undang-undang asing ini mungkin dikira sebagai bukti sahaja kerana isu kedaulatan. Jika sesuatu mahkamah tempatan menguatkuasakan undang-undang asing, ia dikira merendahkan kedaulatan negaranya dan berpotensi melanggar perlembagaan negaranya sendiri. Respons yang berteori kepada masalah ini adalah:
Apabila lex causae dipilih, ia akan dihormati sehingga ia bercanggah dengan satu peraturan penting lex fori (undang-undang tempatan). Setiap hakim adalah penjaga kepada prinsip-prinsipnya yang tersendiri ordre public (polisi umum) dan pihak-pihak tidak boleh dengan sendirinya mengenepikan undang-undang tempatan yang berkaitan iaitu undang-undang buruh, insuran, regulasi persaingan, peraturan agensi, embargo, hubungan import-eksport dan regulasi pertukaran sekuriti. Tambahan pula, lex fori tetap bermaharajalela apabila aplikasi lex causae menyebabkan keputusan yang tidak bermoral, atau memberi penguatkuasaan kepada undang-undang asing yang bersifat memberi kuasa untuk mengambil harta benda pihak terlibat atau lain-lain undang-undang yang batasanya hanya boleh pada negara berkenaan sahaja.
Dalam sesetengah negara ada masanya timbulnya masalah membanggakan undang-undang negara sendiri dan merendahkan undang-undang asing contohnya, apabila mahkamah tempatan berkenaan mengatakan bahawa undang-undang asing berkenaan tidak mempunyai "standard yang sesuai". Dalam keadaan ini, undang-undang tempatan diaplikasikan. Di United Kingdom, jika tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya, undang-undang asing "dianggap sama" dengan lex fori. Sesetengah hakim pula mungkin beranggapan bahawa undang-undang negaranya sendiri memberikan perlindungan yang lebih sesuai berbanding undang-undang negara asing. Sesetengah mahkamah Amerika Syarikat pula mengatakan bahawa undang-undang tempatan akan diaplikasi apabila kes berkenaan berlaku di "tempat yang tidak bertamadun serta tidak mempunyai undang-undang dan perundangan" Lihat kes Walton melawan Arabian American Oil Co. 233 F.2d 541 (2d Cir. 1956).
Jika kes ditujukan kepada penyelesaian oleh pihak ketiga dan bukannya mahkamah kerasa klausa pemilihan tempat perbicaraan dalam sesuatu kontrak, pihak ketiga berkenaan mungkin tidak mahu mengaplikasi polisi-polisi tempatan apabila dihadapkan kepada pemilihan undang-undang oleh pihak-pihak kerana ia mungkin menjejaskan objektif komersial sendiri pihak-pihak tersebut. Tetapi penyelesaian cara ini boleh dibantah dengan bantahan bahawa ordre public yang relavan berkenaan tidak diaplikasi. Jika lex loci arbitri telah diketepikan, tetapi tiada kaitan sebenar antara tempat pihak ketiga berkenaan dan kontrak yang dibuat oleh pihak-pihak terlibat, satu mahkamah dimana penguatkuasaan dimahukan olehnya mungkin menerima keputusan pihak ketiga berkenaan. Akan tetapi jika rayuan ini kepada mahkamah-mahkamah dalam negara dimana penyelesaian pihak ketiga ini dilakukan sebelumnya, mahkamah tidak boleh mengenepikan undang-undang lex fori.
Keputusan untuk memilih sebuah sistem undang-undang berbanding yang lain bukannya suatu pendekatan yang paling memuaskan. Kepentingan semua pihak mungkin lebih dapat dilindungi melalui sebuah undang-undang yang meliputi kenyataan antarabangsa.
Persidangan Hague mengenai undang-undang antarabangsa khusus ialah sebuah pertubuhan perjanjian yang menyelia persidangan-persidangan yang mengembangkan sebuah sistem sebaya. Pertimbangan-pertimbangan persidangan itu baru-baru ini menimbulkan perbalahan terhadap takat bidang kuasa sempadan silang untuk perdagangan elektronik dan isu-isu fitnah.
Keperluan untuk sebuah undang-undang kontrak antarabangsa tidak dipertikaikan: misalnya, banyak negara telah meratifikasi Konvensyen Vienna mengenai Jualan Barang-barang Antarabangsa kerana Konvensyen Rom mengenai Undang-undang Obligasi Kontraktual menawarkan keseragaman yang kurang khusus. Terdapatnya juga dukungan untuk Prinsip-prinsip UNIDROIT mengenai Kontrak Perdagangan Antarabangsa yang merupakan penyataan semula swasta. Kesemua ini merupakan usaha-usaha berterusan untuk menghasilkan piawai-piawai antarabangsa semasa internet dan teknologi-teknologi lain menggalakkan lebih banyak perdagangan antara negara.
Bagaimanapun, cabang-cabang undang-undang yang lain tidak diberikan penumpuan yang sama, dan arah aliran utama masih menumpukan kepada peranan undang-undang forum berbanding sebuah sistem supranasional untuk menyelesaikan percanggahan. Walaupun EU mempunyai institusi-institusi yang berupaya mencipta peraturan-peraturan seragam dengan kesan langsung, Kesatuan itu telah gagal dalam penghasilan sebuah sistem sejagat untuk pasaran bersama. Artikel 177 memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Keadilan untuk mentafsirkan dan menggunakan prinsip-prinsipnya. Oleh itu, jika terdapat azam politik, keseragaman tersurat akan beransur-ansur muncul. Sama ada mahkamah negara-negara Kesatuan akan tekal dalam penerapan undang-undang seragam itu masih merupakan sesuatu yang spekulatif.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.