U-boot [ˈuːboːt]  ( dengar), pemendekan Unterseeboot, perkataan Jerman yang bermaksud "kapal selam atau bot bawah laut".[1]

Thumb
U-Boot, oleh Augusto Ferrer-Dalmau.
Thumb
U-995, sebuah U-boot tipikal

Sementara perkataan Jerman merujuk kepada apa jua jenis kapal selam, perkataan Inggeris, U-Boat, bersama-sama beberapa bahasa lain merujuk khusus kepada kapal selam tentera yang dikendalikan Tentera Laut Jerman, khususnya semasa perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Mahupun kapal-kapal selam ini merupakan senjata armada yang efisien untuk menentang kapal perang musuh, kapal-kapal selam ini paling berkesan dalam peperangan ekonomi apabila digunakan menentang serangan perdagangan dan menguatkuasakan sekatan laut terhadap perkapalan musuh. Sasaran-sasaran utama kempen-kempen U-boot dalam kedua-dua perang dunia ialah konvoi dagang yang membawa bekalan dari Kanada, Empayar British dan Amerika Syarikat ke United Kingdom dan (semasa Perang Dunia Kedua), ke Kesatuan Soviet dan negara-negara Bersekutu di Laut Mediterranean. Kapal selam Austria-Hungary sebelum dan semas Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai U-boot.

Perang Dunia Kedua

Semasa Perang Dunia Kedua, peperangan U-boot merupakan komponen penting dalam Pertempuran Atlantik, yang berlarutan sepanjang perang. Jerman memiliki armada kapal selam terbesar semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, oleh sebab Perjanjian Versailles mengehadkan bilangan kapal permukaan air Jerman kepada enam kapal perang (kurang daripada 10,000 tan setiap satu), enam penjajap dan 12 kapal pemusnah.[2] Perdana Menteri British, Winston Churchill menulis, "Perkara yang satu-satunya menakutkan saya ialah ancaman U-Boot."

Thumb
Kandang U-boot di Saint-Nazaire, Perancis

Pada awal perang, U-boot sangat berkesan dalam kemusnahan perkapalan kuasa-kuasa Berikat, pada mulanya di tengah-tengah Lautan Atlantik di mana terdapat lompang dalam pertahanan udara buat konvoi-konvoi kapal. Terdapat perdagangan bekalan perang serta makanan yang meluas merintangi Atlantik, dan laluan bekalan ini sangat penting bagi kebolehan Britain untuk bertahan menentang Jerman. Aktiviti ketenteraan yang berterusan ini dikenali sebagai Pertempuran Atlantik. Seiring dengan usaha British membangunkan pertahanan teknikal seperti ASDI] dan radar, pihak U-boot Jerman bertindak balas dengan memburu kapal-kapal musuh dalam kumpulan yang disebut sekawan serigala (Jerman: Rudeltaktik), yang melihat beberapa kapal selam berada berdekatan satu sama lain, yang memudahkan mereka untuk menenggelamkan sasaran tertentu. Kemudian, dengan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam Perang, kapal-kapal selam Jerman ini merayau dari pesisir Atlantik AS dan Kanada sehingga ke Teluk Mexico, dan dari kawasan Artik sehingga ke pantai barat dan selatan Afrika dan ke timur hingga ke Pulau Pinang.

Oleh sebab kelajuan dan jarak sangat terhad semasa menyelam dengan menggunakan kuasa bateri, kebanyakan masa U-boot terpaksa berada di permukaan laut dan menggunakan enjin diesel, dan menyelam hanya apabila diserang, ataupun untuk membuat serangan torpedo pada siang hari walaupun ini jarang dilakukan. Bentuk badan kapal yang lebih mirip badan kapal biasa menggambarkan bahawa kapal selam ini sebenarnya kapal permukaan yang memiliki kebolehan untuk menyelam bila perlu. Ini berlainan dengan bentuk badan kapal selam nuklear moden yang memiliki profil silinder, yang lebih hidrodinamik apabila menyelam (di mana kapal-kapal ini berada kebanyakan masa) dan tidak berapa stabil apabila berada di permukaan air. Malah, sementara U-boot lebih pantas di permukaan air daripada apabila menyelam, perkara sebaliknya berlaku dengan kapal selam moden. Serangan paling sering dibuat U-boot pada awal Perang ialah serangan permukaan pada waktu malam. Lihat peperangan kapal selam. Tempoh ini, yakni tempoh sebelum pihak Bersekutu menggubal taktik anti-kapal selam yang berkesan, disebut oleh pelaut kapal selam sebagai Jerman sebagai die glückliche Zeit atau "tempoh riang"[3]

Thumb
U-534, di limbungan Birkenhead Docks, Merseyside, England

Torpedo

Senjata utama U-boot ialah torpedo, kendatipun periuk api laut dan meriam dek (apabila di permukaan) juga digunakan. Menjelang akhir Perang, hampir 3,000 buah kapal Bersekutu (175 kapal perang; 2,825 kapal dagang) ditenggelamkan torpedo U-boot.[4] Torpedo Perang Dunia Kedua Jerman awal merupakan torpedo yang bergerak lurus, berbanding torpedo pandu tuju dan torpedo yang bergerak mengikut pola yang digunakan pada tempoh terkemudian. Torpedo-torpedo ini dipasang dengan satu daripada dua jenis picu pistol: hentaman, yang meletupkan kepala peledak apabila terkena objek pepejal, dan magnet, yang meletup apabila ia mengesan perubahan pada medan magnet dalam jarak beberapa meter. Satu daripada penggunaan picu magnet yang paling berkesan ialah dengan menetapkan kedalaman torpedo pada hampir-hampir lunas kapal sasaran. Ledakan di bawah lunas kapal akan menimbulkan gelombang kejutan dan ini akan menyebabkan kapal berpecah dua. Dengan cara ini, kapal-kapal besar atau yang berperisai dapat ditenggelam atau diranapkan dengan satu tembakan tepat. Namun demikian, secara praktiknya, peralatan penentu kedalaman dan peletup hentaman dan magnet tidak boleh diharapkan sangat semasa lapan bulan pertama Perang. Torpedo-torpedo sering kali bergerak pada kedalaman yang salah, meletup sebelum sampai ke sasaran, ataupun gagal meletup langsungkadang kala melantul dari badan kapal sasaran. Ini sangat ketara dalam Operasi Weserübung, yakni serangan terhadap Norway, yang menyaksikan kegagalan para kapten U-boot yang jaguh untuk merosakkan kapal-kapal pengangkut dan perang British akibat torpedo-torpedo rosak yang tidak berfungsi dengan betul. Kerosakan timbul ekoran ketiadaan ujian terhadap torpedo-torpedo tersebut. Peletup magnet peka dengan ayunan mekanikal semasa torpedo bergerak dan dengan perubahan medan magnet Bumi pada latitud-latitud tinggi. Torpedo-torpedo sebegini akhirnya tidak digunakan lagi, dan masalah tetapan kedalaman diselesaikan pada awal tahun 1942.[5]

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.