From Wikipedia, the free encyclopedia
Type 90 (Jepun: きゅうまるしき せんしゃ ; Kanji: 90式戦車) adalah kereta kebal utama terkini milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF). Ia telah dibina oleh Industri Berat Mitsubishi (Mitsubishi Heavy Industries) dan direka bagi menggantikan kesemua kereta kebal Type 61 dan sebahagian kereta kebal Type 74. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1990.
Type 90 | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Jepun |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Mitsubishi Heavy Industries |
Direka | 1976–1989 |
Pengeluar | Mitsubishi Heavy Industries |
Dihasilkan | 1989 |
Jumlah dibina | 330–340 |
Spesifikasi | |
Berat | 50.2 tan |
Panjang | 9.755 m |
Lebar | 3.33 m |
Tinggi | 2.33 m |
Krew | 3 |
Armor | Perisai modular komposit keluli/seramik |
Senjata pertama | Meriam berlaras licin 120 mm dengan pengisi automatik 35 butir peluru |
Senjata kedua | Mesingan 12.7mm M2HB 1,500 butir |
Enjin | Mitsubishi 10ZG 10-silinder, dua lejang
Diesel 21500cc 15min output rating: 1500ps/2400rpm (1,120 kW), 4410N・m(450kgf・m) |
Kuasa/berat | 29.9 hp/tan |
Transmisi | Transmisi automatik Mitsubishi MT1500 (4 giar mara, 2 giar undur) |
Sistem ampaian | hidropneumatik |
Jarak operasi | 350 km (bahan api 1100 L) |
Kelajuan | 70 km/j (pecutan: 0–200 m dalam 20 s) |
Pada pertengahan 1970-an, Agensi Pertahanan Diri Jepun memulakan penyelidikan bagi kereta kebal baru bagi memenuhi keperluan bagi Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ini dikenali sebagai TK-X MBT dan prototaip pertama disiapkan pada pertengahan tahun 1980-an. Ini kemudiannya diterima bagi perkhidmatan sebagai kereta kebal utama Type 90 dengan kenderaan pengeluaran pertama disiapkan pada tahun 1992.
Kontraktor utama adalah Industri Berat Mitsubishi, dengan Kerja Besi Jepun bertanggung jawab bagi meriam laras licin 120mm yang pada asasnya senjata Rheinmetall Jerman yang dihasilkan di bawah lessen dengan sistem kawalan tembakan berkomputer dibangunkan oleh Mitsubishi Eletrik.
Ruang pemandu berada di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dibelakang. Komander duduk di sebelah kanan turet dengan juru tembak di sebelah kakan. Pemuat tidak diperlukan dan digantikan dengan pemuat automatic bagi meriam laras licin 120mm yang menggunakan peluru HEAT-MP dan APFSDS-T dengan kes kelongsong separa terbakar.
Sistem kawalan tembakan berkomputer membenarkan samada komander atau juru tembak membidik dan menembak senjata utama samada ketika kereta kebal Type 90 bergerak atau berhenti dengan kemungkinan tinggi bagi ketepatan tembakan pertama. Satu mesingan 7.62mm dimuatkan sejajar dengan persenjataan utama dengan satu mesingan 12.7mm dipasang di atas bagi tujuan pertahanan udara. Pengesan laser dipasang di bahagian hadapan atap dan bilah jentolak boleh dipasang di hadapan kerangka.
Dalam pengeluaran. Berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Darat Jepun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.