From Wikipedia, the free encyclopedia
Tulsa ([ˈtʌlsə, tal.sĕ]) ialah sebuah bandar raya yang terletak di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua terbesar di Oklahoma dan bandar raya ke-45 terbesar di keseluruhan negara Amerika Syarikat.
Kota ini banyak memainkan peranan sebagai salah satu hub perindustrian minyak petroleum di Amerika Syarikat.[1] Ia juga merupakan pusat kebudayaan dan seni yang ada di negeri Oklahoma.[2][3]
Petempatan asal yang menjadi asas kepada kota ini pada asalnya dalam rantau Indian Territory di mana ia diduduki orang-orang asli puak-puak Lochapoka dan Creek yang tiba dari kawasan Alabama pada tahun 1836 (berdasarkan bukit catatan sejarah) berikutan suatu penghijrahan dipaksa (Trail of Tears),[4] mereka memberi nama Tallasi bererti "bandar lama" dalam bahasa Creek.[4] Petempatan ini dirasmikan pada 18 Januari 1898 dengan pelantikan Edward Calkins sebagai datuk dandar pertamanya.[5]
Telaga minyak pertama dalam kota ini, Sue Bland No. 1,[5] dijumpai pada tahun 1901 serta dimiliki masyarakat asli Bangsa Wazhazhe. Suatu yang lebih besar bernama Glenn Pool yang terletak 15 batu arah selatan Tulsa dijumpsi pada tahun 1905. Penemuan ini segera menarik perhatian banyak pedagang dari Pantai Timur dan Barat Tengah Amerika Syarikat untuk mencuba nasib di sana; populasi petempatan ini meningkat mendadak sehingga lebih 140,000 dari tahun 1901 hingga 1930.[6]
Tulsa pada awal abad ke-20 mempunyai suatu kawasan yang pesat dan makmur di pusat bandarnya iaitu Greenwood yang diduduki para pedagang dan orang kaya dalam kalangan kaum kulit hitam, sehingga diberi jolokan "Black Wall Street".[7] Kawasan ini musnah teruk berikutan suatu rusuhan kaum yang berlaku di mana gerombolan-gerombolan kulit putih menyerang rumah-rumah kedai dan bangunan di sana dari 31 Mei sehingga 1 Jun 1921 dihentikan para Pengawal Negara (National Guardsmen). Keganasan didorong sentimen perkauman ini menyebabkan 23 warga kulit hitam dan 16 warga kulit hitam terkorban menurut catatan rasmi, namun ada yang menganggarkan sebanyak 300 orang terkorban - kebanyakannya dalam kalangan warga kulit hitam;[7] lebih 800 ratus orang lain cedera manakala 10,000 warga kota kulit hitam kehilangan tempat tinggal mereka akibat kerosakan dan kebakaran yang berleluasa sebanyak 1,256 buah kediaman.
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Mei 2023) |
Tulsa terletak sejauh 99 batu (159 km) dari arah timur Bandar Raya Oklahoma; ia terletak di suatu kawasan berbukit-bukau hutan antara hujung kawasan dataran rumput raya Great Plains dengan kaki pergunungan Ozark. Kawasan kota ini dibahagikan Sungai Arkansas dengan suatu dasar berpasir luas.
Bandar raya ini beriklim subtropika lembap (Pengelasan iklim Köppen: Cfa) dengan suhu pukul rata tahunan sebanyak 57 °F (14 °C) dan kerpasan purata melebihi setakat 40 inci setahun.
Tulsa dikembarkan dengan beberapa kota utama di seluruh dunia sejak tahun 1956:[8][9]
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.