Kajian sains terhadap geseran From Wikipedia, the free encyclopedia
Tribologi ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimisasikan proses geseran. Tribologi melibatkan jurutera mekanik, ahli kimia, ahli fizik dan ahli sains bahan. Perkataan "tribologi" datang dari Greek τρίβω ("tribo") bermakna "(saya) gosok" (akar τριβ-), dan λόγος ("logos") bermakna 'prinsip atau logik'.
Tribologi melibatkan kajian seperti geseran, pelinciran, dan hakisan di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain. Pemilihan bahan, saduran permukaan dan topografi permukaan merupakan asas penyelidikan tribologi kini.
Teknologi pelinciran yang berkait rapat dengan tribologi merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran.
Daya geseran tidak semestinya perlu dikurangkan pada setiap masa dan situasi. Sebagai contoh, daya geseran yang berkurangan pada gear-gear yang bersambungan di dalam sesebuah alat transmisi akan mengakibatkan proses menukar gear kurang efektif. Sehubungan itu, tribologi diperlukan untuk mengkaji daya geseran dalam alat-alat transmisi.
Berikut merupakan orang-orang yang menyumbang dalam memajukan bidang tribologi
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.