Toni Kroos
Pemain bola sepak Jerman / From Wikipedia, the free encyclopedia
Toni Kroos (lahir 4 Januari 1990) merupakan pemain bola sepak Jerman professional yang bermain di posisi tengah untuk pasukan Sepanyol, Real Madrid.
Kroos bersama Jerman pada 2012. | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Toni Kroos | ||
Tarikh lahir | (1990-01-04) 4 Januari 1990 (umur 34) | ||
Tempat lahir | Greifswald, Jerman Timur | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Real Madrid | ||
Nombor | 8 | ||
Kerjaya remaja | |||
1997–2002 | Greifswalder SV | ||
2002–2006 | Hansa Rostock | ||
2006–2007 | Bayern Munich | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2007–2008 | Bayern Munich II | 13 | (4) |
2007–2014 | Bayern Munich | 130 | (13) |
2009–2010 | → Bayer Leverkusen (dipinjam) | 43 | (10) |
2014– | Real Madrid | 281 | (22) |
Pasukan kebangsaan | |||
2005–2007 | Jerman B17 | 34 | (17) |
2009 | Jerman B19 | 5 | (3) |
2008–2009 | Jerman B21 | 10 | (2) |
2010–2021 | Jerman | 106 | (17) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 September 2023 (UTC) |
Merupakan pemain Bayern Munich sejak berusia 17 tahun, Kroos menjadi pemain tetap setelah 18 bulan pinjaman ke Bayer Leverkusen, dan memenangi kepujian termasuk tiga gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah 2013. Selepas memenangi Piala Dunia 2014, beliau menyertai Real Madrid dalam kontrak enam tahun. Beliau diberi pujian oleh wartawan dan bekas pemain professional kerana mempunyai kualiti untuk bermain di posisi tengah.
Kroos membuat kemunculan pertama untuk negara beliau pada 2010 dan ahli pasukan Jerman yang layak ke separuh akhir Piala Dunia 2010 dan Eropah UEFA 2012. Beliau juga merupakan ahli pasukan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2014, dan menjadi pemain bola pertama yang lahir di timur Jerman yang memenangi pertandingan tersebut.