![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/95/Gojira_1954_Japanese_poster.jpg/640px-Gojira_1954_Japanese_poster.jpg&w=640&q=50)
Tokusatsu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tokusatsu (特撮code: ja is deprecated ) ialah istilah bahasa Jepun yang secara harfiahnya bererti "kesan khas." Istilah ini digunakan terutamanya untuk memaksudkan filem dan drama televisyen aksi sebenar Jepun yang menggunakan kesan khas.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/95/Gojira_1954_Japanese_poster.jpg/640px-Gojira_1954_Japanese_poster.jpg)
Istilah "tokusatsu" ialah singkatan bagi ungkapan Jepun "tokushu satsuei" (特殊撮影code: ja is deprecated ), iaitu "fotografi khas". Dalam penerbitan, pengarah kesan khas digelar "tokushu gijutsu" (特殊技術code: ja is deprecated , "teknik khas") atau "tokusatsu kantoku" (特撮監督code: ja is deprecated , "pengarah kesan khas").
Hiburan Tokusatsu biasanya berbentuk cereka sains, fantasi, atau seram, namun filem dan rancangan TV bergenre lain kadang-kadang juga boleh digolongkan sebagai tokusatsu. Jenis hasil tokusatsu yang paling laris termasuklah filem raksasa kaiju (Siri filem Godzilla dan Gamera), siri TV adiwira (Masked Rider dan Metal Heroes), dan drama mecha (Giant Robo). Sesetengah rancangan TV tokusatsu menggabungkan beberapa subgenre ini (siri Ultraman dan Super Sentai).
Tokusatsu ialah salah satu bentuk hiburan Jepun yang paling laris, tetapi kebanyakan filem dan rancangan televisyen tokusatsu tidak dikenali ramai di luar Asia. Namun begitu, baru-baru ini tokusatsu mula menikmati bilangan peminat yang kecil tetapi setia dan mengembang di luar Jepun.