Timo Glock
From Wikipedia, the free encyclopedia
Timo Glock (lahir 18 Mac 1982) ialah seorang pemandu kereta lumba dari negara Jerman, yang dahulunya berlumba dalam Formula Satu untuk pasukan Jordan, Toyota, Virgin Racing, dan Marussia. Di Grand Prix Kanada pada tahun 2004, Glock mengantikan Giorgio Pantano, yang mempunyai pertikaian kontrak dengan Jordan Grand Prix dan mendapat mata pertama kerjayanya pada perlumbaan Formula Satu sulungnya. Selepas meninggalkan Formula Satu, Glock berlumba untuk BMW dalam Deutsche Tourenwagen Masters, bersama pasukan BMW Team MTEK, dan mendapat podium DTM sulungnya di Red Bull Ring.
Fakta Segera Lahir, Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu ...
Timo Glock di Moscow Raceway pada tahun 2015. | |
Lahir | (1982-03-18) 18 Mac 1982 (umur 42) |
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | ![]() |
Tahun aktif | 2004, 2008–2012 |
Teams | Jordan, Toyota, Virgin, Marussia |
Entri | 95 (91 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 3 |
Mata kerjaya | 51 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 1 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Kanada 2004 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2012 |
Kedudukan 2012 | Ke-20 (0 mata) |
Tutup