Entente Bertiga (dari bahasa Perancis entente [ɑ̃tɑ̃t] "perikatan, kesepakatan, persetujuan") adalah pemahaman yang menghubungkan Empayar Rusia, Republik Ketiga Perancis, dan United Kingdom of Great Britain and Ireland selepas penandatanganan Konvensyen Inggeris-Rusia pada 31 Ogos 1907. Kesefahaman antara tiga kuasa, ditambah perjanjian dengan Jepun dan Portugal, membentuk satu imbangan kuat kepada Pakatan Bertiga iaitu Jerman, Austria-Hungary dan Kerajaan Itali, namun Itali tidak memihak kepada Jerman dan Austria semasa Perang Dunia I dan sebaliknya menyertai Kuasa Entente, dalam Persetiaan London 1915.

Thumb
Perikatan ketenteraan Eropah sebelum Perang Dunia I

Ahli sejarah terus membahaskan kepentingan sistem perikatan dalam menyemarakkan Perang Besar. Pada permulaan Perang Dunia I pada tahun 1914, ketiga-tiga anggota Tiga Entente memasuki perang sebagai Pihak Bersekutu Perang Dunia I menentang Kuasa Tengah, Jerman Austria-Hungary.[1] Namun, adalah penting untuk dicatat bahawa Tiga Entente, bertentangan dengan Pakatan Bertiga atau Perikatan Perancis-Rusia, bukan satu pakatan pertahanan bersama dan oleh itu Britain berasa bebas untuk membuat keputusan dasar luar sendiri dalam Krisis Julai pada tahun 1914.

Lihat juga

Nota

Bacaan lanjut

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.