Syarikat penerbangan serantau Republik Rakyat China From Wikipedia, the free encyclopedia
Tibet Airlines (skrip Tibet: བོད་ལྗོངས་མཁའ་འགྲུལ།; Wylie: bod ljongs mkha' 'grul); (Bahasa Cina: 西藏航空; pinyin: Xīzàng Hángkōng, disingkat sebagai Bahasa Cina: 藏航; pinyin: Zàngháng) merupakan Syarikat Penerbangan dengan ibu Pejabat korporat dan Ibu Pejabat yang terdaftar di Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet, dan mengoperasikan penerbangan domestik terjadual dari Lapangan Terbang Lhasa Gonggar.
| |||||||
Ditubuhkan | 2010 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Program kesetiaan | PhoenixMiles (berkongsi dengan Air China) | ||||||
Pesawat | 35 (jumalah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 33 (jumlah keseluruhan destinasi) 31 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk | Air China | ||||||
Ibu pejabat | Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet, Republik Rakyat China | ||||||
Orang penting | Liu Yanping, Pengurus Besar | ||||||
Laman web | www |
Tibet Airlines | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 西藏航空 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 西藏航空 | ||||||
Maksud harfiah | Syarikat Penerbangan Tibet Airlines | ||||||
|
Syarikat Penerbangan Tibet Airlines telah diluluskan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China pada Bulan Mac 2010. [2] Pada asalnya ia menempah tiga pesawat Airbus A319, [3] menerima pesawat pertamanya pada Tarikh 2 Julai 2011.
Syarikat penerbangan itu memulakan laluan sulung dari Lapangan Terbang Lhasa Gonggar ke Lapangan Terbang Ngari Gunsa pada Tarikh 26 Julai 2011 dan memulakan penerbangan ke Beijing dan Shanghai pada akhir tahun itu. Syarikat penerbangan itu juga mengumumkan rancangan untuk memulakan penerbangan terus ke Benua Eropah menjelang Tahun 2016. [4] Pada Februari 2011, The Times of India melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu berminat untuk memulakan operasi di India dan negara-negara lain di Wilayah Asia Selatan dan Wilayah Asia Tenggara. [5]
Penerbangan antarabangsa pertama Syarikat Penerbangan Tibet Airlines dilancarkan pada Tarikh 1 Julai 2016, menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu dan Lapangan Terbang Samui di Negara Thai. [6] Pada Bulan September 2016, syarikat penerbangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat kebenaran untuk melancarkan perkhidmatan ke resort Laut Hitam Sochi dari Sanya melalui Chengdu, bermula Tahun 2017. [7]
Pada Tarikh 8 Januari 2019, pengendali lapangan terbang Finland, Finavia mengumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Tibet Airlines akan membuka laluan baharu antara Jinan, Wilayah Shandong dan Helsinki, Finland pada Bulan April 2019. Laluan ini akan dikendalikan sebanyak dua kali seminggu dengan pesawat siri Airbus A330 . [8][9]
pada penghujung bulan Jun 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Tibet Airlines, ada merancang untuk mengembangkan laluan antarabangsa ke Nepal, dengan memulakan laluan Xi'an-Kathmandu, yang akan dimulakan pada 9 Julai 2023, menggunakan armada siri Airbus A319 [10].
Pada bulan Julai 2024, Tibet Airlines telahpun merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke Negara Thai, dengan memulakan laluan tanpa henti antara Xi'an dan Koh Samui, yang akan dimulakan semula pada 14 Ogos 2024 [11].
Syarikat penerbangan ini mempunyai ibu pejabat korporat dan ibu pejabat berdaftarnya di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Lhasa (拉萨市经济技术开发区; 拉薩市經濟技術開發區; Lāsà Shì Jīngjì Jìshù Kāifāqū), [12] di Lhasa, Kawasan Autonomi Tibet . [13] [14] Ia juga memiliki Ibu Pejabat di Bandar Chengdu .
Setakat Tahun 2024 [15]:
Setakat September 2019[kemas kini], Armada Syarikat Penerbangan Tibet Airlines merangkumi jenis pesawat berikut:[20][21]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
C | W | Y | Total | ||||
Airbus A319-100 | 24 | 1 | 8 | — | 120 | 128 | |
Airbus A320-200 | 6 | — | 8 | — | 150 | 158 | |
Airbus A330-200 | 5[22] | — | 12 | 32 | 235 | 279[23] | |
Total | 35 | 1 | |||||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.