The Shape of Water merupakan filem drama fantasi gelap[3][4] Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan oleh Guillermo del Toro serta ditulis sendiri oleh del Toro bersama Vanessa Taylor. Filem ini dibintangi oleh Sally Hawkins, Michael Shannon, Richard Jenkins, Doug Jones, Michael Stuhlbarg, dan Octavia Spencer. Berlatarbelakangkan Baltimore pada tahun 1962, mengenai seorang wanita bisu yang jatuh cinta dengan makhluk amfibia yang ditangkap oleh Kolonel Richard Strickland.

Fakta Segera The Shape of Water, Pengarah ...
The Shape of Water
PengarahGuillermo del Toro
Lakon layar
  • Guillermo del Toro
  • Vanessa Taylor
Cerita olehGuillermo del Toro
Dihasilkan oleh
  • Guillermo del Toro
  • J. Miles Dale
Dibintangi
  • Sally Hawkins
  • Michael Shannon
  • Richard Jenkins
  • Doug Jones
  • Michael Stuhlbarg
  • Octavia Spencer
SinematografiDan Laustsen
Disunting olehSidney Wolinsky
Muzik olehAlexandre Desplat
Syarikat
penerbitan
Double Dare You Productions
Diedarkan olehFox Searchlight Pictures
Tarikh tayangan
  • 31 Ogos 2017 (2017-08-31) (Venezia)
  • 1 Disember 2017 (2017-12-01) (AS)
Masa tayangan
123 minit[1]
NegaraAS
Bahasa
Bajet$19.5 juta[2]
Pecah panggung$22 juta[3]
Tutup

Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-74,[5] dan telah dianugerahkan Golden Lion.[6] Ia turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2017.[7] The Shape of Water menerima pujian dan ramai pengkritik menyatakan filem tersebut merupakan filem terbaik del Toro selepas Pan's Labyrinth,[8] selain mereka turut memuji lakonan Hawkin.[9]

American Film Institute telah memilih filem ini sebagai salah satu daripada sepuluh buah filem terbaik bagi tahun 2017.[10] Ia turut memenangi Pengarah Terbaik dan Skor Asal Terbaik dalam Anugerah Golden Globe ke-75, selain tercalon untuk Filem Terbaik - Drama; Pelakon Wanita Terbaik - Drama (Hawkins); Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Spencer); Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jenkins) dan Skrip Terbaik.[11]

The Shape of Water telah disiarkan secara terhad di dua buah pawagam di Bandar Raya New York pada 1 Disember 2017 sebelum diperluaskan tayangannya pada 8 Disember 2017 dan mendapat keuntungan $21 juta.[12] Sebuah adaptasi ke dalam novel tulisan del Toro dan Daniel Kraus, akan diterbitkan pada 27 Februari 2018.[13]

Pelakon

  • Sally Hawkins sebagai Elisa Esposito
  • Michael Shannon sebagai Colonel Richard Strickland
  • Richard Jenkins sebagai Giles
  • Octavia Spencer sebagai Zelda Fuller
  • Doug Jones sebagai Lelaki amfibia
  • Michael Stuhlbarg sebagai Dr. Robert Hoffstetler
  • Lauren Lee Smith sebagai Elaine Strickland
  • Nick Searcy sebagai General Frank Hoyt
  • David Hewlett sebagai Fleming

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.