The Nanny
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Nanny merupakan drama sitkom Amerika Syarikat yang mula disiarkan pada 3 November 1993 di rangkaian CBS. Ia dibintangi Fran Drescher sebagai "pengasuh bernama Fran" (seperti yang dinyanyikan Ann Hampton Callaway dalam lagu tema yang ditulisnya). Enam musim telah berlalu dan rancangan tersebut telah tamat pada tahun 1999. Begitu juga tayangannya di Malaysia yang dahulu disiarkan di RTM 2. Kini, rancangan ini boleh diikuti di rangkaian ASTRO, saluran Hits HD.
The Nanny | |
---|---|
Genre | Komedi |
Dibangunkan oleh | Peter Marc Jacobson Fran Drescher |
Dibintangi oleh | Fran Drescher Charles Shaughnessy Daniel Davis Lauren Lane Nicholle Tom Benjamin Salisbury Madeline Zima |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan episod | 146 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 22-23 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | CBS |
Julung kali ditayangkan di | 3 November 1993 - 12 Mei 1999 |
Rancangan tersebut diterbitkan oleh Sternin/Fraser Ink, Inc. dan High School Sweethearts Productions, dengan kerjasama dan edaran TriStar Television. The Nanny diterbitkan khas oleh Drescher dan suaminya ketika itu, Peter Marc Jacobson, yang merupakan buah hatinya ketika sekolah.
Bersama dengan rancangan Rhoda, Seinfeld, dan Will & Grace, ia merupakan komedi Amerika yang berjaya dengan watak Yahudi sebagai eatak utama. Kebanyakan watak dalam siri tersebut (Sylvia, ibunya, Morty, bapanya, dan Yetta, neneknya) dinamakan sempena nama sebenar ahli keluarga Fran Drescher.