From Wikipedia, the free encyclopedia
The Maze Runner ialah sebuah filem sains fiksyen dystopian Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Wes Ball berdasarkan novel James Dashner dengan tajuk yang sama. Filem ini merupakan filem pertam dalam siri The Maze Runner dan dibintangi Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Will Poulter, dan Patricia Clarkson.
The Maze Runner | |
---|---|
Pengarah | Wes Ball |
Lakon layar |
|
Berdasarkan | The Maze Runner oleh James Dashner |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Enrique Chediak |
Disunting oleh | Dan Zimmerman |
Muzik oleh | John Paesano |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | 20th Century Fox |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 113 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $34 juta[1][2] |
Pecah panggung | $348.3 juta[1] |
The Maze Runner ditayangkan pada September 19, 2014 di Amerika Syarikat oleh 20th Century Fox. Filem ini menerima ulasan bercampur ke positif daripada pengkritik dan mengutip $348 juta di seluruh dunia berbanding bajet sebanyak $34 juta.
Sebuah sekuel, Maze Runner: The Scorch Trials ditayangkan pada September 18, 2015 di Amerika Syarikat.
Seorang lelaki bangun di tengah-tengah kawasan maze gergasi tanpa memori masa lalu, mendapati sebuah komuniti lelaki yang membina sebuah kampung di dalam glade. Mereka menghantar dua pelari terkuat ke dalam maze setiap pagi untuk mencari jalan keluar, setiap malam pintu untuk ke maze ditutup dan makhluk dikenali sebagai 'grievers' akan menyerang sesiapa yang terperangkap di luar, tiada sesiapa yang pernah terselamat semalaman di maze.
Filem ini pada asalnya dijadual ditayangkan pada Februari 14, 2014.[7] Pada Oktober 5, 2013, tarikh tayangan filem ini dilewatkan.[9] Teater IMAX menayangkan filem ini pada September 19.[10]
Filem ini mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $102,427,862 di Amerika Utara dan $243 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $345 juta[11]
The Maze Runner menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini 64% berdasarkan 146 ulasan dengan purata rating 5.9/10.[12] Metacritic memberi filem ini skor 56 daripada 100 berdasarkan 34 pengkritik.[13]
Sekuel kepada filem ini ditayangkan pada September 18, 2015.[14][15] Barisan pelakon, Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki-Hong Lee dan Patricia Clarkson menyambung peranan mereka dalam sekuel ini termasuk pengarah, Wes Ball. Ia telah diumumkan bahawa Aidan Gillen akan menyertai filem ini sebagai Janson ("Rat-Man"),[16] as had Rosa Salazar sebagai wBrenda,[17] Jacob Lofland sebagai Aris Jones,[18] dan Giancarlo Esposito sebagai Jorge Gallaraga.[19]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.