From Wikipedia, the free encyclopedia
The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe merupakan filem 2005 yang diadaptasikan daripada cerita asal Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari (The Lion, the Witch and the Wardrobe), yang merupakan terbitan pertama karya C.S. Lewis tentang siri fantasi kanak-kanak iaitu Riwayat Narnia. Ia merupakan filem pertama yang berdasarkan buku tersebut.
The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe | |
---|---|
Pengarah | Andrew Adamson |
Penulis | Novel: C. S. Lewis Lakon layar: Ann Peacock Andrew Adamson Christopher Markus Stephen McFeely |
Dihasilkan oleh | Andrew Adamson Perry Moore |
Dibintangi | Liam Neeson Tilda Swinton Georgie Henley Skandar Keynes William Moseley Anna Popplewell James McAvoy |
Diedarkan oleh | Walt Disney Company Buena Vista Pictures |
Tarikh tayangan | 8 Disember 2005 |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Filem ini mula ditayangkan pada 8 Disember 2005 di United Kingdom, dan 9 Disember 2005 di Canada, Amerika Syarikat, dan New Zealand. Filem ini telah diklasifikasikan di Amerika Syarikat sebagai PG oleh MPAA atas unsur pertarungan dan detik-detik menakutkan.
Templat:Spoiler
Ia bermula pada 1940 apabila London mengalami serangan udara ketika Perang Dunia Kedua dan adik-beradik Pevensie, Peter, Susan, Edmund dan Lucy dihantar ke luar bandar ke rumah Profesor Kirke. Puan Macready, pembantu rumah Kirke, memberikan peraturan tentang sikap mereka di dalam rumah. Suatu hari, apabila mereka bermain sorok-sorok, Lucy menjumpai sebuah almari dan memasukinya. Di sebalik pakaian wujudnya hutan bersalji di dunia ajaib yang dikenali sebagai Narnia. Dia menghabiskan masa bersama seekor faun bernama Tumnus. Tumnus memberitahunya yang Narnia mengalami musim sejuk sejak 100 tahun tanpa Krismas akibat sumpahan. Walaupun dia kelihatan ramah, dia akhirnya mengaku yang dia merancang untuk menyerahkan Lucy kepada Penyihir Putih, atas perintahnya untuk menangkap mana-mana manusia. Walau bagaimanapun. Tumnus menyukai Lucy dan kesal dengan rancangannnya lalu menunjukkan Lucy jalan pulang.
Apabila Lucy kembali, ia seolah-olah tiada sedetik pun berlalu ketika dia di Narnia (yang mana dia fikirkan adik-beradiknya yang lain risau akan ketiadaannya), Malah mereka merungut yang mereka masih bermain sorok sorok. Lucy memberitahu yang lain tentang apa yang wujud di balik almari tetapi apabila yang lain memeriksa, ia tertutup. Akibatnya, mereka tidak mempercayainya malah mengatakan yang ia hanya khayalannya.
Dalam kejadian kedua, Edmund mengikuti Lucy ke Narnia, dan mengaku kepada Lucy yang dia bersalah kerana tidak mempercayainya. Lucy melawat Tumnus sekali lagi tetapi Edmund berjumpa dengan Penyihir Putih. Dia menawarkan Edmund manisan Turki iaitu makanan kegemaran Edmund yang muncul dengan kuasa sihir. Penyihir itu juga menawarkan kedudukan yang tinggi untuk menjadi bakal raja dengan adik-beradiknya yang lain sebagai orang suruhan. Dia meminta Edmund membawa yang lain. Kemudian, Edmund dan Lucy bertemu dan mendapati dia telah memberitahu penyihir itu tentang Tumnus yang telah berjumpa dengan Lucy. Tetapi dia tidak memberitahu Lucy tentang hal itu. Kembalinya mereka, Edmund mengecewakan Lucy yang dia tidak mengaku akan kewujudan Narnia di hadapan Peter dan Susan.
Dalam kejadian ketiga, keempat-empat mereka bersembunyi dari penjaga rumah itu di dalam almari tersebut kerana telah memecahkan cermin tingkap. Kini, mereka semua telah memasuki Narnia. Peter dan Susan meminta maaf kepada Lucy kerana tidak
Kemudian, mereka berjumpa dengan memerang yang boleh bercakap yang memberitahuu mereka tentang seekor singa yang hebat bernama Aslan, yang sedang bergerak untuk mengambil alih kuasa kekejaman Penyihir Putih itu. Keempat-empat mereka perlu membantu Aslan seperti yang tercatat dalam ramalan.
Oleh kerana mereka sedar akan kejahatn Penyihir Putih itu, Edmund mendapati dia sukar untuk membawa mereka berjumpa dengannya. Maka, dia pergi sendiri. Penyihir itu naik darah dan ingin membunuhnya. Walau bagaimanapun, dia terselamat selepas membetiahu kedudukan yang lain. Malangnya, dia dirantai dan dikurung bersebelahan tempat tahanan Tumnus yang kemudiannya dijadikan batu. Manakala Peter, Lucy, Susan and memerang menuju ke Meja Batu. Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan Bapa Krismas yang memberikan Peter pedang dan perisai, Susan dengan anak panah dan semboyan serta Lucy dengan cecair penyembuh dan pisau.
Setelah melalui pelbagai rintangan, Peter akhirnya menjadi ketua tentera Aslan dan Edmund dapat diselamatkan. Edmund telah insaf setelah apa yang berlaku dan setelah Aslan menyedarkannya. Walau bagaimanapun, Penyihir tersebut menuntut Edmund, yang menurut undang-undang, setiap pengkhianat harus diserahkan kepadanya. Aslan menawarkan dirinya sebagai ganti kepada Edmund. Kemudian, pada malamnya, dia dibunuh. Tetapi, terdapat kuasa ajaib yang Penyihir itu tidak ketahui iaitu Meja Batu itu tertulisnya undang-undang iaitu mana-mana mangsa yang rela menggantikan tempat pengkhianat untuk dibunuh tetapi dia tidak melakukan kesalahan atau pengkianatan, maka Meja itu akan retak dan kematian itu akan berbalik. Aslan membawa Lucy dan Susan ke rumah Penyihir untuk membebaskan mangsa Penyihir yang telah dijadikan batu.
Di medan peperangan, tentera Peter mengalami kekalahan. Edmund pula cedera parah. Peter bertarung dengan ahli sihir itu sehingga Aslan datang lalu menyelamatkan keadaan. Akhirnya, peperang dimenangi oleh pihak Peter dan Aslan. Keempat mereka ditabalkan menjadi raja dan ratu.
Bertahun-tahun kemudian, setelah mereka dewasa, mereka memburu Rusa Putih yang mampu menunaikan hajat. Mereka menjumpai jalan pulang ke almari dan kembali ke dunia biasa dan menjadi muda kembali kerana masa di dunia tidak berubah sama sekali.
Profesor menemui mereka dan bertanyakan mereka apa yang mereka lakukan. Peter berkata, "Tuan takkan percayakan kami jika kami memberitahu tuan." Lalu Profesor itu menjawab: "Cubalah."
Selepas kredit, Lucy cuba kembali tetapi Profesor memberitahunya yang ia akan mengambil masa. Apabila mereka beransur pergi, almari tersebut bersinar dan ngauman Aslan muncul…
Pelakon Utama | Watak |
---|---|
Georgie Henley | Lucy Pevensie |
Skandar Keynes | Edmund Pevensie |
Anna Popplewell | Susan Pevensie |
William Moseley | Peter Pevensie |
Tilda Swinton | Jadis, Penyihir Putih |
Pelakon Sampingan | Watak |
Rupert Everett | suara si Musang |
Liam Neeson | suara Aslan |
Sophie Winkleman | Susan Dewasa |
Rachael Henley | Lucy Dewasa |
Ray Winstone | suara Encik Memerang |
Dawn French | suara Puan Memerang |
James McAvoy | Encik. Tumnus, Faun |
Shane Rangi | Sentora dan Jeneral Otmin |
Patrick Kake | Oreius |
Michael Madsen | suara Maugrim |
Kiran Shah | Ginarrbrik |
Berikut adalah pertambahan babak yang tiada dalam buku melainkan disebut perubahan dari segi susunan plot.
Pada 7 Disember 2005, filem ini mengadakan tayangan perdana di Royal Albert Hall, London dengan kunjungan Putera Charles dan isterinya. Ramai pengkritik filem memberikan respon positif dengan menyatakan "karya agung cerita fantasi betul-betul dihidupkan" (Sean McBride, 2005). Malah, tidak kurang juga yang membandingkannya dengan versi lama (Siri TV BBC 1980-an) dan filem The Lord of the Ring.
Box Office Mojo melaporkan pembukaan Narnia telah mengutip AS$ 23 juta bagi 3616 buah penggung. Setakat ini (Februari 2006), filem telah menduduki tempat ke-24 bagi keseluruhan pencapaian filem. Malah, pencapaian filem ini turut berada di tempat-tempat teratas bagi lain-lain kategori.
Persaingan filem ini amat sengit dengan filem Harry Potter and the Goblet of Fire dan Star Wars III: Revenge of the Sith bagi keuntungan file-filem tahun 2005.
Sumber: Box Office Mojo
Babak musim sejuk telah diambil di Republik Czech Republic dan Poland. Kem Aslan pula difilemkan di Elephant Rock, Tokarahi, berhampiran Oamaru di New Zealand. Babak pertempuran digilemkan di Castle Hill, New Zealand. Yang lainnya, dirakamkan di Waitakere (Auckland, New Zealand), Los Angeles dan Guatemala.
Runut Bunyi bagi filem ini telah digubah oleh Harry Gregson-Williams (penggubah bagi runut bunyi Kingdom of Heaven dan skor bagi filem Shrek). Album tersebut telah dilancarkan pada 13 Disember 2005.
Senarai lagu:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.