Tentera Darat Ke-8 (Wehrmacht)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Darat Ke-8 (Jerman: 8. Armee Oberkommando) adalah sebuah tentera darat medan Jerman dalam Perang Dunia II. Ia wujud dua kali semasa peperangan, dalam Pencerobohan Poland pada 1939, dan di Perbatasan Timur dari tahun 1943 dan seterusnya.
8. Armee Tentera Darat Ke-8 | |
---|---|
Aktif | 1939; 1943-1945 |
Negara | ![]() |
Cawangan | Tentera Darat |
Jenis | Tentera darat medan |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Tentera Darat Ke-8 telah diaktifkan pada 1 Ogos 1939 dengan Jeneral Johannes Blaskowitz sebagai Panglima. Pada 1939 ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan Gerd von Rundstedt bagi Pencerobohan Poland. Ia mengandungi 2 kor, X. Armeekorps dan XIII. Armeekorps, dan bertanggungjawab ke atas bahagian utara barisan depan Kumpulan Tentera Darat Selatan. Ketumbukan itu menyaksikan pertembungan hebat dalam Pertempuran Bzura. Selepas berakhirnya kempen Poland, ia telah disusun semula sebagai Tentera Darat Ke-2 yang mengambil bahagian dalam Pertempuran Perancis pada tahun 1940.
Pada tahun 1943 ia telah dibentuk semula selepas Pertempuran Kursk daripada Detasmen Ketumbukan Kempf. Selepas pertempuran defensif yang sengit disepanjang tahun 1943, 1944 dan bulan-bulan pertama 1945, ia akhirnya menyerahkalah di Austria pada Mei 1945. Ia berjuang di Hungary, Romania, dan Austria pada 1944 dan 1945.