From Wikipedia, the free encyclopedia
Teluk Guantánamo (Sepanyol: Bahía de Guantánamo ) ialah sebuah teluk yang terletak di Wilayah Guantánamo di tenggara Cuba (19°54′N 075°09′W). Ia merupakan pelabuhan terbesar di sebelah selatan negara pulau ini dan dikelilingi oleh bukit-bukau yang membentuk suatu enklaf yang terputus dengan daerah pedalaman berdekatan. Bandar terdekat ialah Guantánamo.
Amerika Syarikat mempunyai kuasa kawalan wilayah di bahagian selatan Teluk Guantánamo mengikut Perjanjian Amerika Syarikat–Cuba 1903.[1] A.S. mempunyai kawalan dan bidang kuasa penuh di kawasan ini, di mana ia membina sebuah pangkalan tentera, namun mengiktiraf Cuba mempunyai kedaulatan penuh. Kerajaan semasa Cuba menganggap kehadiran A.S. di teluk ini sebagai tidak sah dan mendakwa perjanjian tersebut dilakukan dengan terpaksa dan melanggar undang-undang antarabangsa.[2] Ia merupakan lokasi kem tahanan Teluk Guantanamo, suatu penjara luar kawasan milik A.S.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.