![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b2/Tawakkul_Karman_%25282011%2529.jpg/640px-Tawakkul_Karman_%25282011%2529.jpg&w=640&q=50)
Tawakkol Karman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tawakel Abdel-Salam Karman (Arab: توكل عبد السلام خالد كرمانcode: ar is deprecated Tawakkul ‘Abd us-Salām Karmān; juga Roman Tawakul,[1] Tawakel[2][3][4]) (lahir 7 Februari 1979[4]) merupakan wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia Yaman. Beliau mengetuai kumpulan "Wartawan Wanita Tanpa Rangkaian", yang diasas beliau pada tahun 2005.[1]
Tawakel Karman | |
---|---|
توكل كرمان | |
![]() | |
Kelahiran | (1979-02-07) 7 Februari 1979 (umur 45) Taiz, Yemen |
Warganegara | Yemen |
Pekerjaan | Wartawan, ahli politik and aktivis hak asasi manusia |
Parti politik | Al-Islah |
Anak-anak | 3 orang |
Anugerah | Hadiah Keamanan Nobel 2011 |
Beliau telah menjadi tumpuan dunia apabila mengetuai pemberontakan Yaman 2011 yang juga sebahagian daripada pemberontakan Arab Spring. Beliau digelar "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi" oleh masyarakat Yaman.[5][6] Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2011 (bersama-sama Leymah Gbowee dan Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia)[7] menjadikan beliau rakyat Yaman dan wanita Arab pertama,[8] serta wanita Islam kedua yang menerima Hadiah Nobel. Beliau juga penerima Hadiah Nobel kedua termuda setakat ini.[9]