![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/40/Female_driver_buckling_seatbelt.jpg/640px-Female_driver_buckling_seatbelt.jpg&w=640&q=50)
Tali pinggang keledar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tali pinggang keledar (juga dikenali sebagai tali pinggang keselamatan) adalah peranti keselamatan kenderaan yang direka untuk melindungi penumpang kenderaan daripada ancaman pergerakan yang boleh membahayakan ketika dalam perlanggaran trafik atau apabila berhenti dengan mengejut. Tali pinggang keledar berfungsi untuk mengurangkan kemungkinan mati atau kecederaan serius semasa perlanggaran dengan mengurangkan daya hentaman dengan bahagian dalaman, dengan mengekalkan penumpang pada kedudukan yang betul untuk keberkesanan beg udara yang maksimum (jika ada) dan dengan mencegah penumpang daripada tercampak dari kenderaan ketika kemalangan atau sekiranya kenderaan terbalik ke atas.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/40/Female_driver_buckling_seatbelt.jpg/640px-Female_driver_buckling_seatbelt.jpg)
Semasa bergerak, pemandu dan penumpang bergerak pada kadar kelajuan yang sama seperti kereta. Sekiranya kereta tiba-tiba berhenti atau mengalami kemalangan, pemandu dan penumpang akan terus bergerak pada kelajuan yang sama kenderaan itu bergerak sebelum ia berhenti. Tali pinggang keledar mengenakan daya bersetentangan pada pemandu dan penumpang untuk mencegah mereka dari terpelanting keluar atau bersentuhan dengan bahagian dalaman kereta. Tali pinggang keledar dianggap sebagai satu Sistem Penahan Utama (Primary Restraint Systems, PRS) kerana peranan pentingnya dalam memastikan keselamatan penumpang.