Saluran televisyen digital milik kerajaan negeri Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia
TVS (dahulunya TV Sarawak) ialah stesen televisyen linear yang menawarkan aneka hiburan dan berita dari Sarawak untuk tatapan penduduk Malaysia. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), sebuah kumpulan media milik kerajaan negeri Sarawak yang ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan | Inspirasi Duniamu (Inspire Your World) |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Sarawak Media Group |
Orang penting |
|
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Nama dahulu | TV Sarawak (31.10.2014 - 09.10.2020) |
Pautan | |
Laman web | https://tvsarawak.my |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 122 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 122 (HD) |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 122 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka / On Demand |
Unifi TV | Unifi TV App |
MYTV | MYTV Mana-Mana / Video On Demand |
TVS | Tonton secara langsung |
TV Malaysia Live Online | Tonton secara langsung |
Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen khusus untuk rakyat Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk pendigitalan televisyen Malaysia.[1] Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ianya tidak dilaksanakan. Ia digantikan oleh saluran OKEY pada 21 Mac 2018, malah perancangan stesen televisyen negeri kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.[2]
Lesen stesen penyiaran percuma diberikan melalui suatu pengumuman oleh Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.[3] Stesen TVS bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui penyedia TV satelit berbayar, Astro, di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan malamnya pada 11 Oktober 2020.[4][3] TVS merupakan stesen televisyen separa kerajaan ketiga negara selepas Bernama TV (2008) dan TV AlHijrah (2010).
Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan secara langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.
TVS menjadi rakan kongsi utama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan akan membiayai karya yang dihasilkannya.[5]
TVS kini bersiaran di Astro, MYTV, dan Unifi TV di saluran 122 dalam format definisi tinggi (HD).
Pada 6 Februari 2021, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform MYTV di saluran 122 menggantikan Channel W yang telah ditamatkan siaran pada 1 Januari 2019.
Pada 29 Oktober 2021, TVS buat kali pertamanya menyiarkan Pembentangan Bajet 2022 secara langsung oleh Menteri Kewangan, Zafrul bin Abdul Aziz.
Pada 2023, TVS merancang untuk bekerjasama dengan stesen TV serantau sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mengembangkan industri kreatif di Sarawak.[6]
Pada 1 Oktober 2023, TVS mula bersiaran secara rasmi di Unifi TV saluran 122. Ia bersempena dengan ulang tahun ketiga TVS yang diraikan pada 10 Oktober 2023.[7]
Pada 11 Oktober 2023, Siaran iklan Astro dan blok teleshoping Go Shop telah rasmi dihentikan.[8]
Pada 31 Disember 2023, TVS akhirnya melancarkan logo terkininya yang berwajah baharu, bersesuaian dengan konsep perpaduan dan keharmonian negeri Sarawak. Logo baharu TVS ini merangkumi tiga warna yang mewakili warna bendera negeri Sarawak, iaitu warna hitam, merah dan kuning. Pada masa yang sama, ia mencadangkan untuk membuka pejabat cawangan di tiga lokasi di Sarawak serta di Kuala Lumpur menjelang suku pertama 2024.[9]
Pada 12 hingga 24 Ogos 2024, TVS menghentikan siaran sementara waktu untuk memberi laluan kepada siaran langsung dan siaran ulangan secara penuh iaitu Sukma 2024. Pada hari yang sama, TVS telah rasmi memulakan siaran sukan secara penuh untuk Sukma 2024 yang dikenali sebagai Stadium Sukma TVS.[10]
Pada 25 Ogos 2024, TVS telah kembali bersiaran seperti biasa selepas Sukma 2024 tamat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.