Surah al-Fatihah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Surah al-Fatihah (Arab: سُّورَةُ الفَاتِحَةcode: ar is deprecated ) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan al-Quran.
الفاتحة Al-Fātiḥah Pembukaan Arabic Holy Quran (14mb).pdf | |
---|---|
---- Teks Arab · Audio file ·Terjemahan bahasa Melayu | |
Pengklasifikasian | Makiyyah |
Nama surah alternatif | أم الكتاب, أم القرآن, السبع المثاني, القرآن العظيم |
Kedudukan surah | Juz 1 |
Bahagian | Surah al-Mufasal |
Penurunan | Tahun-tahun awal kenabian sebelum hijrah. |
Struktur | 7 ayat, 27 kalimah, 140 huruf |
Hizb | 1 |
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.