Surah Al-A’raaf
From Wikipedia, the free encyclopedia
Surah Al A'raaf adalah surah ke-7 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 206 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum turunnya Surah Al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh surah yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kerana perkataan Al-A'raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di atas syurga dan neraka.