Surah Al-Ahzab
From Wikipedia, the free encyclopedia
Surah Al-Ahzab (سورة الأحزاب) adalah surah ke-33 dalam al-Quran (kitab suci agama Islam). Terdiri atas 73 ayat, surah ini termasuk golongan surah-surah Madaniyah, diturunkan sesudah Surah Ali 'Imran. Dinamai Al-Ahzab yang bererti golongan-golongan yang bersekutu kerana dalam surah ini terdapat beberapa ayat, iaitu ayat 9 sampai dengan ayat 27 yang berhubungan dengan peperangan Al Ahzab, iaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi yang bersekutu dengan kaum munafik serta orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin di Madinah.