syarikat pengeluar minuman Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Suntory Holdings Limited (サントリーホールディングス株式会社 , Santorī Hōrudingusu Kabushiki-gaisha) (biasanya dipanggil dengan nama Suntory sahaja) ialah kumpulan syarikat pembuatan bir dan penyulingan multinasional Jepun. Ditubuhkan pada tahun 1899, syarikat Suntory adalah salah sebuah syarikat tertua dalam pengedaran minuman beralkohol di Jepun, dan pembuat wiski Jepun. Perniagaan syarikat ini juga telah berkembang ke bidang lain, dan syarikat itu kini turut membuat minuman ringan dan mengendalikan rangkaian sandwic. Dengan pemerolehan Beam, Inc. pada 2014, ia telah mempelbagaikan di peringkat antarabangsa dan menjadi pengeluar minuman suling ketiga terbesar di dunia. Suntory beribu pejabat di Dojimahama 2-chome, Kita-ku, Osaka, Wilayah Osaka. Suntory Beverage & Food Limited (サントリー食品インターナショナル株式会社 , Santorī shokuhin intānashonaru Kabushiki-gaisha), adalah salah sebuah anak syarikat Suntory yang bertanggungjawab untuk pembangunan di luar Jepun.
v
Nama asli | サントリーホールディングス株式会社 |
---|---|
Nama rumi | Santorī Hōrudingusu Kabushiki-gaisha |
Dinamakan sempena | Matahari, Torii |
Jenis/bentuk sah | Private |
ISIN | JP3336560002 |
Industri | Beverage |
Ditubuhkan | Osaka, Japan 1899 |
Pengasas | Torii Shinjiro |
Ibu pejabat | Osaka, Japan |
Tokoh penting | Saburo Kogo (Chairman) Kazuhiro Saito (President and CEO) |
Anak syarikat | Beam Suntory; Suntory Beverage & Food Ltd. |
Tapak web | suntory |
sunting · sunting di Wikidata |
Suntory dimulakan oleh Shinjirō Torii (鳥井 信治郎 , Torii Shinjirō), yang pertama kali membuka kedainya bernama Torii Shōten (鳥井商店 ) di Osaka pada 1 Februari 1899, untuk menjual wain import. Pada tahun 1907, kedai itu mula menjual wain yang diperkaya yang dipanggil Akadama Port Wine (Akadama secara literal bermaksud "bola merah," eufemisme untuk matahari). Kedai itu menjadi syarikat Kotobukiya pada tahun 1921 untuk mengembangkan lagi skop perniagaannya dan pada tahun 1923, Torii telah membina sebuah kilang penyulingan wiski malt yang pertama Jepun. Kilang tersebut dinamakan Yamazaki Distillery. Pengeluaran bermula pada Disember 1924 dan lima tahun kemudian Suntory Whiskey Shirofuda (White Label), wiski malt tunggal pertama yang dibuat di Jepun, mula dijual.
Disebabkan kekurangan bahan sumber semasa Perang Dunia II, Kotobukiya terpaksa menghentikan pembangunan produk barunya, tetapi pada tahun 1946 ia mengeluarkan semula Torys Whisky, yang dijual dengan baik di pasaran Jepun selepas perang. Pada tahun 1961, Kotobukiya melancarkan kempen "Drink Torys and Go to Hawaii ". Pada masa itu, perjalanan ke luar negara dianggap sebagai peluang sekali dalam seumur hidup. Pada tahun 1963, Kotobukiya menukar namanya kepada "Suntory", sebuah nama yang diambil daripada nama wiski yang dihasilkannya, yang sendiri berasal daripada bahasa Inggeris "Sun" (merujuk kepada "akadama") + Tory, versi bahasa Inggeris nama Torii. Pada tahun yang sama, Kilang Bir Musashino telah memulakan pengeluaran Bir Suntory. Pada tahun 1997, syarikat itu menjadi kilang pembotolan, pengedar dan pemegang lesen tunggal untuk produk Pepsi Jepun.
Pada 1 April 2009, Suntory menjadi syarikat pegangan saham bernama Suntory Holdings Limited (サントリーホールディングス株式会社 ) dan menubuhkan beberapa syarikat seperti Suntory Beverage and Food Limited (サントリー食品株式会社 ) dan menubuhkan Suntory Beverage and Food Limited (サンー郈ムス株式会社), Suntory Products Limited (サントリープロダクツ株式会社 ) , Suntory Wellness Limited (サントリーウェルネス株式会社 ) , Suntory Liquors Limited (サントリー酒類株式会社 ) Suntory Wine International Limited (サントリーワインインターナショナル株式会社 ) Suntory Beer & Spirits Limited (サントリービア&スピリッツ株式会社 ), Suntory Business Expert Limited (サントリービジネスエキスパート株式会社 ). [1]
Pada 14 Julai 2009, syarikat Kirin mengumumkan bahawa ia sedang berunding dengan Suntory untuk penggabungan perniagaan. [2] Walaubagaimanapun, pada 8 Februari 2010, telah diumumkan bahawa rundingan antara kedua-duanya telah ditamatkan. [3]
Pada tahun 2009, Suntory memperoleh jenama Orangina, sebuah minuman ringan oren dengan harga 300 bilion yen, dan minuman tenaga Frucor dengan harga 600 juta euro. [4] Pada 2 Julai 2013 syarikat itu membuat kemunculan sulung di bursa saham Tokyo dan mengumpul hampir AS$4 bilion dalam proses itu. [5]
Pada September 2013, Suntory membeli bahagian minuman syarikat GlaxoSmithKline. Ini termasuklah jenama Lucozade dan Ribena, bagaimanapun, perjanjian itu tidak termasuk jenama Horlicks. [6]
Pada Januari 2014, Suntory mengumumkan perjanjian untuk membeli pengeluar bourbon AS terbesar, Beam Inc. (pengeluar produk jenama Jim Beam) dengan harga AS$16 bilion. [7] Perjanjian ini akan menjadikan Suntory sebagai pembuat minuman keras ketiga terbesar di dunia. [8] Pengambilalihan telah selesai pada April 2014, apabila diumumkan bahawa Beam akan dinamakan semula sebagai Beam Suntory. [9][10]
Pada 2018, Suntory telah menjual kebanyakan aset jenama Cerebos Pacific, termasuklah perniagaan makanan di Australia dan New Zealand kepada Kraft Heinz dengan harga A$290 juta. [11] [12] Urus niaga ini tidak termasuk makanan tambahan kesihatan jenama Cerebos Pacific dan perniagaan kopi segar yang kemudiannya disepadukan ke dalam Suntory Beverage & Food Asia Pte. Ltd. dan Suntory Coffee Australia masing-masing. [11]
Dari awal 1990-an, Suntory telah bekerjasama secara meluas dengan firma bioteknologi Melbourne iaitu Florigene untuk merekayasa genetik mawar biru sejati pertama di dunia, sebuah simbol yang sering dikaitkan dengan sebuah projek yang mustahil atau tidak boleh dicapai. Pada tahun 1991, pasukan itu memenangi perlumbaan global yang sengit untuk mengasingkan gen yang bertanggungjawab untuk bunga biru, dan sejak itu telah membangunkan rangkaian bunga diubah suai secara genetik yang menyatakan warna dalam spektrum biru, serta beberapa penemuan lain yang memanjangkan hayat pasubunga potong.
Pada tahun 2003, Suntory memperoleh 98.5% pegangan ekuiti dalam Florigene. Sebelum ini, Florigene telah menjadi anak syarikat kepada syarikat gergasi agrokimia yang global iaitu syarikat Nufarm sejak tahun 1999. Pada Julai 2004, saintis Suntory dan Florigene telah mengumumkan kepada dunia sebuah kerjasama pembangunan mawar pertama yang mengandungi pigmen biru, satu langkah penting ke arah penciptaan mawar berwarna biru.
Pada Julai 2011, Suntory Beverage and Food Limited bersama PT GarudaFood dari Tudung Group di Indonesia telah bersetuju untuk membuat firma baharu untuk mengeluarkan minuman bukan alkohol dengan pegangan sebanyak 51 peratus dan 49 peratus saham masing-masing. Ia akan menghasilkan Teh Oolong Suntory, Boss dan Orangina di Indonesia. [15]
Pada April 2019, Suntory telah bekerjasama dengan Drinkripples, sebuah syarikat yang berpangkalan di Israel. Sebagai sebahagian daripada kerjasama Suntory akan menggunakan mesin Ripple Maker Drinkripples untuk mencetak kandungan berjenama dan kandungan viral di atas pelabelan bir Suntory di lokasi dan kilang yang disahkan Suntory di seluruh Jepun. [16]
Minuman berikut telah diluluskan untuk penggunaan pelabelan Makanan untuk Kegunaan Kesihatan Tertentu (FOSHU). [19] [20] [21]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.