Sumpah Pemuda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sumpah Pemuda adalah satu tonggak utama dalam sejarah pergerakan kemerdekaan Indonesia. Ikrar ini dianggap sebagai penghabluran semangat untuk menegaskan cita-cita berdirinya Bangsa Indonesia yang mana wakil dari pelbagai suku bangsa bersumpah untuk menegaskan cita-cita berdirinya Bangsa yang satu, bahasa yang satu dan tanah air yang satu jua.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Yang dimaksud dengan "Sumpah Pemuda" adalah keputusan Kongres Pemuda Kedua yang diselenggarakan dua hari, 27-28 Oktober 1928 di Batavia (Jakarta), Keputusan ini menegaskan cita-cita akan ada "tanah air Indonesia", "bangsa Indonesia", dan "bahasa Indonesia". Keputusan ini juga diharapkan menjadi asas bagi setiap "perkumpulan kebangsaan Indonesia" dan agar "disiarkan dalam segala akhbar dan dibacakan di muka rapat perkumpulan-perkumpulan".