Sultanah Zanariah
Sultanah Johor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tunku Puan Zanariah Iskandar[1] (Jawi: تونكو ڤوان زانريه إسكندر), dahulunya dikenali sebagai Sultanah Zanariah (lahir Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad; 5 Julai 1940 – 17 Mac 2019) merupakan suri kedua kepada Sultan Johor era moden ke-4, Sultan Iskandar daripada perkahwinan mereka pada tahun 1961 sehingga kemangkatan suami baginda pada tahun 2010.
Raja Permaisuri Agong | |
Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad | |
---|---|
Raja Permaisuri Agong ke- | 8 |
Yang di-Pertuan Agong | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail |
Negeri | Johor |
Kelahiran | (1940-07-05)5 Julai 1940 Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan |
Kemangkatan | 17 Mac 2019(2019-03-17) (umur 78) Johor Bahru, Johor |
Mula jawatan | 26 April 1984 |
Tamat jawatan | 25 April 1989 |
Penyandang terdahulu | Tengku Ampuan Afzan |
Penyandang kemudian | Tuanku Bainun |
Baginda berasal daripada keluarga DiRaja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada YBM Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin YBM Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Ayahanda baginda, Tengku Panglima Raja Long Ahmad adalah individu yang memahkotakan tiga orang Al-Sultan Kelantan. Baginda pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 dan 1989.