Tunku Puan Nora Ismail, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Nora (lahir Tengku Nora binti Tengku Ahmad; 10 Oktober 1937) merupakan Sultanah Johor dari tahun 1978 hingga tahun 1981. Baginda adalah paduka kekanda kepada Almarhumah Tunku Puan Zanariah yang juga merupakan Sultanah Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010.[1] Baginda juga merupakan paduka anakanda kepada YBM Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin YBM Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) dari Kelantan.
Tunku Puan Nora Ismail | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Puan | |||||||||
Sultanah Johor | |||||||||
Pemerintahan | 13 November 1977 – 10 Mei 1981 | ||||||||
Kemahkotaan | 28 Oktober 1978 | ||||||||
Didahului oleh | Sultanah Aminah | ||||||||
Diikuti oleh | Sultanah Zanariah | ||||||||
Keputeraan | Tengku Nora binti Tengku Ahmad 10 Oktober 1937 Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan, British Malaya | ||||||||
Pasangan | Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim (k. 1977; m. 1981) | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor | ||||||||
Ayahanda | Tengku Long Ahmad bin Tengku Abdul Ghaffar | ||||||||
Bonda | Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Pada tahun 2011, Sultanah Nora dikurniakan gelaran YAM Tunku Puan Nora Ismail manakala Sultanah Zanariah bergelar YAM Tunku Puan Zanariah Iskandar sebagai satu tradisi dalam Kerabat DiRaja Johor apabila Permaisuri baharu dimasyhurkan.[2][3]
Kehidupan peribadi
Tengku Nora diputerakan pada 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda ialah paduka puteri yang keenam kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Abdul Ghaffar dan Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid daripada sembilan orang adik-beradik. Paduka adindanya, Almarhumah Tengku Zanariah ialah suri kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tengku Nora telah mendapat pendidikan awal di Pasir Mas English School dan Sekolah Zainab di Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, baginda bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur selama tiga tahun. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Southend-on-Sea College di England dalam bidang kesusasteraan, sains sosial, and sains rumah tangga. Pada masa lapang, baginda gemar berkebun, bersenam, bermain golf, dan mengikuti kelas keagamaan.[4]
Perkahwinan
Baginda telah berkahwin dengan Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada tahun 13 November 1977 sebagai isteri keduanya selepas kemangkatan isteri pertama suaminya Sultanah Aminah pada 14 September 1977.
Kemahkotaan
Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultanah Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ke-84 pada 28 Oktober 1978 di Istana Besar Johor.
Eponim
Darjah kebesaran
Kurniaan Johor
- Johor :
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I, 28 Oktober 1978).
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J., 28 Oktober 1978).
- Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (S.S.I.J., 8 April 1996).
Kurniaan Kelantan
- Kelantan :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K., 1994).
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.