Sultan Mansur Shah I
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Mansur Shah I (1549 – 1577) ialah Sultan Perak ke-2.[1]
Sultan Mansur Shah telah diputerakan di Bentan, Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka. Apabila Sultan Mudzaffar Shah pertama mangkat pada tahun 1549 di Tanah Abang (Telok Bakong), Lambor Kanan, Daerah Perak Tengah, Baginda Sultan Mansur Shah dilantik menjadi Sultan Perak yang kedua. Baginda kemudian berpindah bersemayam di Kampung Kan Kong (Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak.