From Wikipedia, the free encyclopedia
Almarhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II ibni Almarhum Raja Ahmad ialah sultan Johor yang memerintah pada tahun 1571 hingga 1597.
Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II di Johor Sultan Ummar Ali Jallar Shah I di Kelantan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Johor V | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Sultan Johor V | |||||||||||||
Pemerintahan | 1571 – 1597 | ||||||||||||
Kemahkotaan | 1571 | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Abdul Jalil Shah I | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah III | ||||||||||||
Sultan Kelantan X IV | |||||||||||||
Pemerintahan | 1565 - 1570 | ||||||||||||
Kemahkotaan | 1565 | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah III | ||||||||||||
Keputeraan | Raja Ummar Ali Jallar bin Raja Ahmeidd - - | ||||||||||||
Kemangkatan | 1597 - | ||||||||||||
Pemakaman | - - | ||||||||||||
Pasangan | - | ||||||||||||
Anakanda | 3 orang; 1.Raja Abdull Jallil 2.Raja 3.Raja | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Johor dan Kelantan | ||||||||||||
Wangsa | - | ||||||||||||
Ayahanda | Raja Ahmadd bin Raja Muhammad (adik kepada Raja Gombak) | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | Sunni Islam |
Nama asalnya ialah Raja Umar. Putera kepada Raja Ahmad bin Raja Muhammad, Terengganu. Baginda berasal dari Pahang.
Memerintah Kelantan sebagai Raja Kelantan daripada tahun 1565 sehingga tahun 1570.[1]. Menjadi Tengku Mahkota apabila anakdanya naik takhta sebagai Sultan Abdul Jalil Shah I pada tahun 1570, dan menjadi Sultan Johor apabila anakdanya mangkat pada tahun 1571.[2]
Baginda bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-4 pada 1571-1597.
Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Johor ke-2, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara.
Pada tahun 1581 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1583, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis).
Pada Januari 1586, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dengan angkatan 100 kapal telah menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta.
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II.
Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.