From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Asia Musim Sejuk merupakan satu acara pelbagai sukan seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk yang khas kepada acara musim sejuk. Jawatankuasa Olimpik kebangsaan Jepun merupakan pencetus idea ini, dan mengutarakannya semasa Sukan Asia 1982. Usaha mereka berhasil dan mereka diberikan hak untuk menganjurkan edisi pertama yang dilangsungkan di Sapporo pada 1986, kerana bandar ini mempunyai infrastruktur dan kemahiran yang diperlukan hasil daripada menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972.
Singkatan | Asiad |
---|---|
Acara pertama | Sukan Asia Musim Sejuk 1986 di Sapporo, Jepun |
Kekerapan | Empat tahun |
Acara terakhir | Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, Jepun |
Tujuan | Acara pelbagai sukan untuk negara-negara Asia |
Daripada cuma tujuh negara ahli Majlis Olimpik Asia yang mengambil bahagian dalam edisi pertama, bilangan negara yang bertanding telah bertambah dengan tekal. Pada Sukan Asia Musim Sejuk terbaru di Changchun, 27 dari 45 ahli menghantar jumlah atlet yang terbanyak setakat ini, manakala semua 45 ahli menghantar perwakilan buat kali pertama dalam sejarah Asia.
Walaupun temasya sukan di Lubnan pada tahun 2009 telah dipertimbangkan, ia akhirnya tidak berlaku.[1] Selepas Sukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, edisi seterusnya dijadualkan diadakan pada 2025.
Berikut adalah senarai Sukan Asia Musim Sejuk yang dilangsungkan sejak 1986
Tahun | Edisi | Tuan rumah | Dibuka oleh | Tarikh | Negara | Peserta | Sukan | Acara | Juara | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | I | Sapporo, Jepun | Fahad Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah | 1–8 Mac | 7 | 293 | 4 | 35 | Jepun | [2] |
1990 | II | Sapporo, Jepun | Akihito | 9–14 Mac | 9 | 310 | 4 | 33 | Jepun | [3] |
1996 | III | Harbin, China | Jiang Zemin | 4–11 Februari | 17 | 453 | 4 | 43 | Republik Rakyat China | [4] |
1999 | IV | Gangwon, Korea Selatan | Kim Dae-jung | 30 Januari–6 Februari | 14 | 798 | 4 | 43 | Republik Rakyat China | [5] |
2003 | V | Aomori, Jepun | Naruhito | 1–8 Februari | 17 | 641 | 5 | 51 | Jepun | [6] |
2007 | VI | Changchun, China | Hu Jintao | 28 Januari–4 Februari | 25 | 796 | 5 | 47 | Republik Rakyat China | [7] |
2011 | VII | Astana‒Almaty, Kazakhstan | Nursultan Nazarbayev | 30 Januari–6 Februari | 26 | 843 | 5 | 69 | Kazakhstan | [8] |
2017 | VIII | Sapporo, Jepun | Naruhito | 19–26 Februari | 32 | 1,147 | 5 | 64 | Jepun | [9] |
2025 | IX | Harbin, China | 15–24 Mac | |||||||
2029 | X | Trojena, Arab Saudi |
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Jepun (JPN) | 138 | 144 | 115 | 397 |
2 | China (CHN) | 94 | 85 | 105 | 284 |
3 | Kazakhstan (KAZ) | 78 | 62 | 56 | 196 |
4 | Korea Selatan (KOR) | 74 | 83 | 92 | 249 |
5 | Korea Utara (PRK) | 1 | 4 | 12 | 17 |
6 | Uzbekistan (UZB) | 1 | 2 | 4 | 7 |
7 | Lubnan (LBN) | 1 | 1 | 0 | 2 |
8 | Mongolia (MGL) | 0 | 1 | 6 | 7 |
9 | Iran (IRI) | 0 | 1 | 2 | 3 |
10 | Kyrgyzstan (KGZ) | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (10 negara) | 387 | 383 | 393 | 1163 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.